Pembukaan yang Meriah di Bukit Indah

 

Hari yang begitu indah sekali buat warga Johor apabila berlangsungnya minggu pembukaan ekspo Property Queen! Hari pertama mendapat sambutan yang hangat menandakan tamatnya sebuah penantian pada ekspo hartanah yang ditunggu-tunggu. Terletak di aras bawah di Passageway, kami akan setia bersama anda dari 12 hingga 17 November untuk acara ini. Pameran kali ini menampilkan rantaian projek yang terletak di persisiran selatan, yang lengkap dengan pelbagai kemudahan menarik dimana kini boleh jadi milik anda. Ekspo ini bersempena dengan perlanjutan kempen HOC, jadi anda boleh nikmati segala faedah dari skim perumahan mampu milik hingga diskaun yang tidak masuk akal.

Kemeriahan diteruskan lagi apabila para pengunjung bertemu dengan pengacara TV terkenal, Zooey Teo yang bersama kami menyerikan lagi ekspo, dan juga merungkai keunikan yang ada pada projek melalui sesi temu bual bersama pemaju-pemaju yang menyertai ekspo ini. Jadikan hujung minggu anda lebih ceria di Kids Zone! Terdapat pelbagai aktiviti-aktiviti yang menyeronokkan khas untuk si comel.

Tidak lupa juga kepada pengunjung yang pulang dengan senyuman lebar apabila menerima setem edisi khas dari Property Queen yang diberi pada setiap pembelian di ekspo kami serta senaskah majalah Property Queen yang padat dengan informasi hartanah terkini. Tunggu apa lagi, jom beramai-ramai ke AEON Mall Bukit Indah di Passageway pada 12 hingga 17 November ini. Selangkah sahaja lagi untuk dapatkan rumah idaman anda, jangan terlepas!