Menyambut Musim Cuti bersama Property Queen dengan Rumah Baru!

 

 

 

 

 

 

 

 

Musim cuti bakal tidak lama lagi, dan tidak ada lagi cara terbaik untuk meluangkan musim cuti ini dengan memiliki rumah percutian yang berhampiran dengan pemandangan menakjubkan, tempat menarik, dan memberi keselesaan tidak terhingga untuk seisi keluarga, betul tak? Dan saat ini juga telah tirai ekspo Property Queen minggu kedua telah pun dibuka! Dengan AEON Mall Bukit Indah sekali lagi menjadi tumpuan, peluang untuk mencari rumah idaman telah bermula!

Minggu kedua telah menampilkan projek-projek yang terkenal di sepadan selatan yang padat dengan pelbagai jenis kemudahan. Pada hari pembukaan telah menyaksikan para pengunjung tertarik dengan tawaran dimana projek-projek ini masih dibawah kempen HOC yang menawarkan pengecualian setem, saluran bantuan kewangan yang mudah dan dipercayai, serta pemulangan yang berlipat ganda bagi pelabur. Selain itu, pengunjung tidak lepaskan peluang untuk bertemu dengan selebriti terkenal Nina Nadhira yang menyerikan lagi sebagai jemputan khas di ekspo kami. Beliau juga meluangkan masa bersama para pemaju dalam sesi temu bual yang menceritakan keunikannya projek mereka di pameran kali ini.

Sempena musim cuti persekolahan ini juga, para pengunjung mengambil kesempatan untuk luangkan masa bersama yang tersayang dengan pelbagai aktiviti di Kids Zone. Mereka berseronok dengan sand art, mewarna, dan beraneka jenis permaianan yang kami sediakan. Jangan lupa, akan ada penampilan badut yang teruja untuk menemui anda hujung minggu nanti!

Jadi kepada anda yang terlepas hari pembukaan kami jangan risau, kerana Property Queen akan setia bersama anda dari 18 hingga 24 November ini. Jumpa anda disana dan selamat bercuti!