Perunding Hartanah Vs Broker

Seperti tajuk pendebatan bukan? Tetapi bukan itu isu yang hendak dikupaskan, cuma memberi sedikit penjelasan tentang individu yang kadangkala mungkin sama tetapi tidak serupa. Banyak cara yang boleh digunakan dalam menyelidik latar belakang mereka untuk memastikan pemilik akan berurusan dengan pihak yang betul pada masa akan datang.

Latar Belakang:

  • Ejen Hartanah

Mereka merupakan individu yang berkerja di bawah pengawasan Lembaga Penilaian, Pentaksir, dan Ejen Hartanah Malaysia (LPPEH). LPPEH merupakan badan hartanah yang memantau gerak geri semua ejen hartanah yang berada di luar.

 

  • Broker

Manakala Broker pula adalah individu yang tidak terikat dengan mana-mana peraturan atau undang-undang penilaian, pentaksir, ataupun Ejen Hartanah sendiri. Mereka tidak mempunyai sebarang pertalian dengan syarikat di bawah LPPEH ataupun memiliki firma sendiri tanpa ada kaitan dengan badan tersebut.

Penampilan

  • Ejen Hartanah

Antara ciri-ciri yang menunjukkan dia seorang ejen hartanah adalah mereka mempunyai kad nama, nama syarikat, alamat pejabat, nombor telefon pejabat, email atau laman web mereka sendiri, rangkaian kawasan yang dijaga dan pengalaman berkerja. Selalunya butiran mereka boleh dicari di mana-mana portal hartanah dan sekiranya mempunyai keraguan sama ada dia adalah ejen yang tulen ataupun tidak, pencari rumah boleh hubungi pejabat mereka untuk sebarang kepastian.

 

  • Broker

Broker secara jelasnya tidak mempunyai sebarang hubungan yang sah, jadi segala butiran mereka tidak akan muncul jika dicari. Bukan hendak mengatakan Broker mempunyai niat yang tidak baik, tetapi berurusan dengan mereka perlu berjaga untuk elak sebarang bentuk masalah. Sebagai contoh, bentuk risiko yang mungkin dihadapi adalah bila membayar duit booking. Duit booking merupakan persetujuan dari pembeli yang benar-benar mahukan hartanah itu, dan harga yang ditawar tidak selalunya murah, bergantung pada jenis hartanah. Berbalik pada cerita, jika tersilap berurusan dengan broker, kemungkinan untuk duit itu lesap adalah tinggi yang penghujungnya terpaksa menanggung rugi pada sendiri.

 

Di sini boleh disimpulkan buat mereka yang sedang mencari kediaman baru perlu mengambil langkah jaga-jaga dan sentiasa membuat penyelidikan terlebih dahulu sebelum membuat keputusan. Ataupun bagi mereka yang sudah biasa dengan selok belok hartanah perlu memperbaharui maklumat yang sedia ada kerana tidak semua ejen yang pernah berurusan akan bertugas lagi.

 

Source

February 13 2020

Coach Hartanah

Ejen Hartanah Vs Broker?