Kembali Hangat Bersama Property Queen di AEON Mall Seremban 2!

Dari bumi yang terkenal dengan pelbagai adat yang masih menjadi amalan rakyat jelata sehingga kini, ke gagasan seni bangunan yang ikonik dikelilingi dengan pemandangan pantai yang indah, tidak lupa juga pada aneka jenis hidangan yang membangkitkan selera. Macam sesuai sangat kalau ada rumah di situ, betul tak? Jadi jom pakat datang beramai-ramai untuk Ekspo Hartanah Property Queen yang buat julang kalinya di AEON Seremban 2!

Bermula pada 3 – 8 Mac ini, temui kami di Centre Court, di mana pameran kali ini akan menyajikan anda projek khas yang dibawa oleh pemaju yang terpilih. Anda pasti kagum kerana ia memenuhi semua ciri-ciri yang anda idamkan! Anda boleh dapati projek ini dengan hanya beberapa langkah yang sangat mudah. Pertama kali mencari rumah? Jangan risau, kami sedia untuk sentiasa membantu anda!

Sementara ibu ayah sibuk mencari rumah baru buat keluarga tersayang, si kecil boleh luangkan masa di kidzone yang penuh dengan aktiviti mewarna, mainan dan banyak lagi! Bukan itu sahaja, jangan lepaskan peluang untuk bertemu dengan penyampai radio Sara Zulkifli atau dikenali sebagai SARANCAK! Yang akan bersama kami bagi memeriahkan lagi suasana di pembuka hari.

Jadi, Jangan sekali-kali lupa untuk menandakan tarikh ekspo kami di bulan Mac ini. Minggu yang penuh dengan kemeriahan bakal menanti anda. Jumpa di sana!

Untuk infomasi yang lebih lanjut, sila klik sini!