Pemilikan hartanah untuk warga asing di Malaysia

Malaysia bukan saja negara yang aman dan harmoni tetapi terdapat pelbagai kaum, ia juga termasuk dengan warga asing yang sentiasa disambut dengan mesra disini. Kebanyakkan warga asing yang menetap di sini adalah ekspatriat atau pelancong.

Kini kerajaan juga menggalakkan rakyat asing ini memilih untuk menjadikan Malaysia sebagai rumah kedua mereka, sama ada untuk penginapan jangka panjang, persaraan atau tujuan pelaburan.

Terdapat banyak perkara yang harus dipertimbangkan bagi pembeli tempatan mahupun warga asing sebelum membuat keputusan untuk memiliki sebuah kediaman atau hartanah. Hal ini kerana, Kerajaan telah menetapkan pelbagai polisi tertentu dan yuran guaman ke atas pembelian hartanah bagi warga asing.

Warga asing boleh memiliki sebuah banglo, rumah teres, kondominium, flat, harta, unit studio, perindustrian, tanah pertanian dan lain-lain kerana hartanah adalah liberal di Malaysia selagi keperluan minimum dipenuhi.

Dalam perundangan, warga asing boleh memiliki apa-apa jenis hartanah kecuali, hartanah bernilai bawah RM 1 Juta, unit kediaman kos rendah dan sederhana seperti yang ditakrifkan oleh pihak berkuasa negeri, hartanah yang berada dalam Tanah Rizab Melayu, hartanah yang diagihkan kepada kepentingan Bumiputera dalam mana-mana projek pembangunan hartanah seperti yang ditentukan oleh pihak berkuasa negeri.

Setelah program “My Second Home (MM2H) diperkenalkan untuk warga asing yang berhasrat untuk menetap di Malaysia untuk jangka masa yang panjang iaitu 10 tahun dengan visa. Ramai Warga asing yang pernah bekerja dan sedang berkerja di Malaysia boleh memohon untuk program ini untuk persaraan mereka di Malaysia.

Sebelum meletakkan dalam permohonan, warganegara asing di bawah 50 tahun diperlukan untuk menyediakan minimum RM500, 000 dalam akaun simpanan/akaun semasa/simpanan tetap manakala mereka yang berumur melebihi 50 tahun perlu mempunyai sekurang-kurangnya RM350, 000 dalam akaun yang sama.

Walaupun keperluannya agak tinggi, satu kelebihan yang jelas adalah bahawa MM2H memberikan akses kepada orang asing dengan nilai yang lebih rendah dari lingkungan RM300,000 ke RM2, 000,000. Namun, tiada harga minima diletakkan untuk hartanah di Kedah.

Seperti yang anda mungkin tertanya-tanya, banyak dasar dibuat untuk menangani harga hartanah yang tinggi di bandar-bandar utama. Dengan MM2H dan kos hidup di Malaysia yang agak stabil dan rendah berbanding luar negara, orang asing akan mula tertarik untuk melabur dan merancang penetapan mereka dengan lebih senang hati dan lancar.

Buying property In Malaysia as a foreigner

20 NOV 2019 

LOANSTREET