Permulaan yang Meriah bersama Property Queen di Seremban

Satu permulaan yang baik untuk Property Queen yang buat julang kalinya mengadakan Ekspo Hartanah kami di AEON Mall Seremban 2. Kedatangan kami disambut dengan meriah oleh para pengunjung, begitu juga dengan barisan pemaju yang turut serta sempat meluangkan masa sambil beramah mesra melayani pengunjung yang berminat dengan projek dibawa oleh mereka.

 

 

 

 

 

 

 

 

Acara pembukaan hari ini dihadiri oleh pemaju yang tersohor di persada Malaysia. Antaranya ialah Sunsuria, Sime Darby, dan Premier Consortium. Mereka mempersembahkan projek-projek yang berjaya menarik minat para pengunjung yang merangkumi seluruh Seremban dan di kawasan sekitarnya. Tidak lupa juga dengan pelbagai tawaran menarik yang boleh didapati sama ada selepas menempah ataupun membelinya serta pemberian cenderahati daripada Property Queen termasuk edisi terkini majalah Property Queen.

 

Suasana dimeriahkan lagi dengan personaliti TV dan radio terkenal Sara Zulkifli atau lebih dikenali sebagai Sarancak yang turut hadir di pembukaan kami. Sesi beramah mesra bersama pemaju dan juga para pengunjung yang hadir menjadikan acara in lebih bermakna dan ceria.

Selain pameran hartanah dari pelbagai pemaju, Property Queen juga menganjurkan acara mewarna untuk golongan kanak-kanak yang hadir sepanjang tempoh pameran itu berlangsung. Terdapat banyak penyertaan untuk acara ini, dan berita baiknya kami masih membuka penyertaan untuk pengunjung yang berminat. Keputusan pertandingan akan diumumkan pada hari ahad pada jam 6 petang.

Mari luangkan masa di Ekspo Hartanah Property Queen untuk lebih banyak lagi info dan pameran tentang hartanah dan kediaman anda bertempat di AEON Mall Seremban 2 bermula dari 3 hingga 8 Mac. Untuk maklumat lanjut, sila klik di sini!