Kepentingan dalam Mengekalkan Perumahan Mampu Milik

Lim Boon Ping dari Institut Ejen Hartanah Malaysia (MIEA) baru-baru ini menyuarakan kepada kerajaan untuk terus kekal dengan pelan perumahan mampu milik. 

Katanya, inisiatif ini mampu menaikkan taraf sektor perumahan tempatan terutamanya bagi kediaman mampu milik. Mereka mengharapkan supaya dasar tersebut tidak ditarik semula memandangkan ia merupakan inisiatif yang berkesan dalam menampung isu lebihan bekalan hartanah. 

Walaupun kerajaan mengawal harga kediaman, tetapi pada sisi baiknya ia mampu meningkatkan lagi kualiti pasaran sejajar dengan pelbagai insentif yang diberi kepada pembeli rumah kali pertama. Beliau kemudian berkata disebabkan pergolakan politik, kedudukan pasaran hartanah masih terlalu awal untuk diramal. 

MIEA masih membuat kaji selidik untuk memperolehi maklumat yang mendalam sebelum mendapat hasilnya. Baru-baru ini mereka melancarkan kempen #MYREALAGENTS sempena Sidang Kemuncak MAREC. 

Kempen ditubuhkan bertujuan untuk meningkatkan kesedaran awam dalam pemilikan rumah pertama mereka serta mendapatkan ejen atau perunding hartanah berdaftar agar sebarang penipuan mampu dielak.

Source

Mohd Zaky Zainuddin

28 February 2020

Berita Harian 

‘Kekalkan dasar perumahan mampu milik’