Sistem panduan dan dimerit untuk PPR

PPR adalah satu program kerajaan untuk penempatan semula setinggan dan memenuhi keperluan tempat kediaman bagi golongan berpendapatan rendah.

Terdapat 2 kategori iaitu PPR Disewa dan PPR Dimiliki.

Untuk PPR Dimiliki, paras harga yang dijual adalah antara RM30,000 hingga RM35,000 bagi seunit di Semenanjung Malaysia dan RM40,500 di Sabah dan Sarawak.

Baru-baru ini, Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan Zuraida Kamaruddin mengatakan sistem panduan dan demerit akan diperkenalkan bagi permohonan baru untuk Projek Perumahan Rakyat (PPR) dimana ia dijangka akan diumumkan pada bulan Jun.

Di bawah sistem demerit, sesiapa yang melanggar peraturan ini boleh diusir

Garis Panduan ini akan memastikan bahawa hanya mereka yang benar-benar layak boleh tinggal di PPR selain daripada membenarkan pengurusan yang lebih baik untuk skim perumahan ini.

Permohonan PPR adalah melalui Setiausaha Kerajaan Negeri atau Pihak Berkuasa Tempatan.

KPKT hanya bertanggungjawab dalam penyediaan projek PPR dan setelah siap PPR akan diserahkan kepada Setiausaha Kerajaan Negeri atau Pihak Berkuasa Tempatan.

Sumber

Bernama, January 21, 2020

Demerit system to be introduced for PPR affordable housing projects