Membela Nasib Pemilik Strata

Hartanah bertaraf strata merujuk kepada jenis bangunan yang dibahagikan kepada pelbagai lapisan. Hak milik strata pula merujuk kepada pemilikan yang diberi kepada individu setelah memiliki unit tersebut. Surat pemilikan hartanah strata biasanya dikeluarkan oleh pihak kerajaan atau pemaju sebagai bukti kukuh sesuatu pemilikan dan kebanyakan hartanah bertaraf strata adalah berbentuk rumah pangsa, kondominium, rumah kedai, SOHO, townhouse, pejabat, kompleks perniagaan, dan rumah-rumah yang termasuk dalam skim komuniti berpagar. 

Apa itu Pengurusan Strata?

Pengurusan strata merupakan pengurusan dan penyelenggaraan bangungan berstrata dan harta bersama di dalam skim strata. Sebelum membeli sesebuah unit strata, pembeli perlu peka dengan beberapa perkara terutama sekali caj penyelenggaraan dan sinking funds. Caj penyelenggaraan merujuk kepada pemeliharaan sesuatu harta supaya ianya sentiasa berada dalam keadaan yang baik, tidak rosak dan dijaga rapi. Sinking funds pula merupakan sejenis kontingensi untuk persediaan pada masa akan datang, dan harta bersama adalah mana-mana bahagian lot yang dikongsi dengan para penghuni lain. Sebagai contoh, kolam renang, lot parker, taman permainan, pondok pengawal keselamatan, lif dan sebagainya. Senang kata, sebarang bentuk kemudahan yang terdapat dalam sesebuah kediaman berstrata adalah hak milik bersama, seterusnya adalah menjadi tanggungjawab bersama. 

Setiap penghuni perumahan jenis strata adalah wajib untuk membayar caj penyelenggaraan bulanan dan sinking funds sehingga pemilik melepaskan hak milik menjual rumah kepada pemilik yang lain. Sekiranya pemilik rumah gagal untuk berbuat demikian, mereka boleh dikenakan tindakan sama ada denda ataupun penyitaan barangan oleh pihak Badan Pengurusan Bersama (JMB). JMB merupakan gabungan kerjasama antara pemaju dan pemilik-pemilik harta strata dan tanggungjawab mereka adalah untuk memastikan bangunan tersebut dijaga dan diselenggara dengan baik. 

Malangnya, terjadinya satu kes di mana pihak JMB telah didakwa oleh pihak mahkamah atas kesalahan mengenakan kadar caj penyelenggaraan yang tidak sama rata ke atas semua  jenis unit. Isu tersebut berbangkit apabila sesetengah penghuni membuat aduan kepada pihak Persatuan Pemilik Harta Strata Selangor (SPOAS). Aduan tersebut mendapat perhatian penasihat utama Datuk Joy Appukuttan. Beliau berkata, bayaran yang dkenakan oleh pihak JMB menjadi satu bebanan kepada penghuni kerana terdapat unit yang dikenakan bayaran lebih mahal dari kadar bayaran yang sewajarnya.

Justeru, pihak JMB harus cakna akan hal ini dengan menyelaraskan kadar bayaran atau sebaliknya, mereka akan dikenakan tindakan undang-undang. Menurut pengerusi SPOAS Law Hock Hua dalam laman web Edgeprop, tindakan segera harus diambil kerana terdapat beberapa unit yang tidak bertaraf strata, tetapi dikenakan kadar bayaran lebih rendah. 

Source

Allison Lai

14 October 2019 

The Star 

‘Flat rate for all in mixed-use property’