Inspirasi Mingguan: Dato Abdul Hamid PV Abdu

Nama beliau mungkin tidak semegah Datuk R Doraisingam Pilai, Tan Sri Datuk Tiong Su Kouk ataupun pengasas gardenia Tan Sri Syed Mokhtar Shah, tetapi kisah bagaimana beliau berjaya membangunkan syarikat pengusaha hartanah sendiri sangat menakjubkan. 

Nama di beri Abdul Hamid PV Abdu, 50, seorang usahawan yang juga menyandang jawatan selaku ketua eksekutif di Ehsan Plant & Property Sdn Bhd yang dibangun sendiri oleh beliau pada awal 90-an. Baru-baru ini beliau di temu bual oleh salah sebuah media dalam satu sesi wawancara di mana beliau mengimbau balik kenangan pada zaman awal bermulanya perniagaan. 

Sebaik sahaja tamat pengajian pada peringkat SPM, anak kelahiran Sepang ini bermula sebagai mat dispatch yang ketika itu masih berkerja di sebuah firma guaman pada lewat 1980-an. Dalam sesi tersebut, beliau tidak menyangka dengan gaji diterima itu seakan membuka jalan untuk menceburi bidang hartanah dengan mendalam. 

Berlatarbelakangkan keluarga yang meniaga, Dato Abdul Hamid memberitahu hasrat keluarganya untuk anak-anak mereka (termasuk beliau sendiri) untuk meneruskan perniagaan. Katanya lagi dalam sesi wawancara Berita Harian, kebanyakkan komuniti India Muslim di Malaysia mengusahakan kedai makan, barang kemas atau pengurup wang, namun beliau tekad dalam membuat satu kelaianan dengan hasrat agar dapat mengubah persepsi masyarakat umum dengan kebolehan serta kemahuan yang jitu sehingga mampu melangkah jauh dalam dunia perniagaan. 

Lingkungan skop hartanah tidak sebegitu mudah, mahupun susah. Hendak seribu daya, tolak seribu dalih, dan ini merupakan salah satu contoh yang ditunjukkan oleh beliau sendiri. Sejak berkerja di firma, beliau banyak belajar sendiri terutama dalam lelongan hartanah. Melihat pada kebolehannya, rata-rata pekerja di syarikat tersebut sering meminta bantuan dalam menyemak maklumat fail sama ada ia sahih ataupun tidak. Dari situ timbul minat beliau terhadap lelongan hartanah.  

Katanya selepas empat tahun berkerja sebagai dispatch, beliau membuat keputusan untuk mengejar cita-cita beliau untuk menjadi pelelong, dan tugasan pertamanya ialah sebuah rumah teres setingkat di Seremban, Negeri Sembilan. Hasil lelongan tersebut berjaya mengutip komisyen sebanyak RM1400 pada hari pertama. 

Beliau juga berkata perjalanan untuk menjadi seorang pemaju tidak kurang hebat halangannya. Antara halangan yang dihadapi ialah kecaman dan ancaman apabila beliau hampir ditetak dengan parang kerana tuan rumahnya tidak berpuas hati kediaman bakal dilelong. Selain itu, tentangan keluarga juga menjadi salah satu faktor kerana bapanya yang lebih mahukan beliau untuk meneruskan perniagaan kedai makan.

Dari pelelong ke pemaju, beliau bermula menceburi bidang pengusahaan pada tahun 2008 selepas melihat sebuah bangunan yang terbengkalai bertempat di Lendu. Menurut beliau, projek tersebut bakal dilelong dalam akhbar yang bernilai sebanyak RM 1 juta, yang Berjaya dimenangi beliau dengan nilai bidaan RM1.75 juta. Pihaknya terus menjalankan kerja pembaikan pulih yang mengaambil masa selama 12 tahun untuk menyiapkannya yang kini dikenali sebagai Ehsan Plant & Property Sdn Bhd. Sepanjang tempoh operasi, syarikat beliau berjaya menghasilkan lebih dari 1000 unit kediaman dengan nilai GDV hampir mencecah RM500 juta. 

Projek yang dihasilkan meliputi beberapa kawasan seperti Sepang, Selangor; Sungai Petani, Kedah; Nilai dan Rembau, Negeri Sembilan serta di Kluang dan Johor Bahru, Johor.

Kata beliau di penghujung sesi, sepanjang pengelibatan selama 12 tahun, masih banyak lagi yang perlu dipelajari kerana perkara baru akan masuk sentiasa kena peka dengan perkembangan semasa. 

Source 

Hazwan Faisal 

January 28 2020 

Berita Harian 

 Dari mat despatch ke pemaju hartanah