Cat mewaranai hidup anda

Umum mengetahui bahawa fasa pengubahsuaian adalah fasa dimana kita sudah berpuas hati dgn pembinaan rumah baru kita. Justeru itu, pelbagai kerja pengubahsuaian yang harus anda lakukan dalam menentukan “warna” hidup anda.

Hiasan semula seperti membeli cat untuk rumah baru adalah salah satu bahagian yang paling menarik didalam menata rias kediaman anda.

Memilih cat berjenama adalah cara yang terbaik dan mudah untuk memastikan anda mendapat rasa dan gaya yang anda ingini dalam menata rias dinding rumah anda. Cat yang betul juga memainkan peranan penting dalam menentukan reka bentuk dalaman yang berjaya atau gagal.

Artikel ini akan memberi sedikit tips untuk anda dalam memilih cat yang anda perlukan dan 3 cat yang terkemuka di Malaysia.

Sebagai permulaan, anda harus fikirkan tentang penggunaan bilik kerana warna cat yang anda pilih akan menetapkan mood bilik. Contohnya, dramatik, halus, selesa dan bergaya.

Yang kedua anda perlu menguji warna itu terlebih dahulu dengan menggunakan “Test Pot” kerana warna yang anda pilih tidak semestinya akan kelihatan sama didalam tin. Sentiasa periksa bahawa cahaya dan warna substrat tidak mengubah cat di pandangan mata anda.

Seterusnya, apabila memilih cat yang anda mahu, dinasihatkan agar anda tidak terburu-buru didalam membuat keputusan kerana kita mempunyai lebih banyak pilihan dari yang murah sehingga mahal.

Anda juga boleh cuba mencalit cat pilihan anda pada papan kosong, dan perhatikan sebentar bagi melihat imbasan cahaya yg pastinya akan membuat ruang tersebut berubah.

Terdapat banyak pendapat di Internet tetapi adalah lebih baik jikalau anda tidak terikut-ikut dengannya kerana sebagai contoh, satu warna yang cantik tidak semestinya sesuai untuk digunakan disetiap dinding rumah anda. Anda juga boleh mendapatkan pendapat daripada pereka dalaman, kawan mahupun keluarga sendiri yang mempunyai cita rasa yang menarik dalam menata rias dinding anda.

Selajutnya marilah kita lihat tiga cat yang paling terkemuka di Malaysia:

Sumber: dulux.co.uk

1.Dulux

Dulux merupakan jenama yang paling dipercayai dan disyorkan oleh ramai pereka dalaman. Ia berasal dari Netherlands dan membekalkan cat untuk pelbagai produk bahagian dalaman, dinding luaran, kayu, permukaan logam, dan juga cat kesan khas. Dulux menggunakan inovasi terkini dalam teknologi emulsion untuk menghasilkan cat dengan bau rendah, VOCS rendah, dan kemampanan yang tinggi.

Sumber : Jotun.com

2.Jotun

Jotun bermula sebagai kilang cat tempatan di Scandinavia Norway, kini mendapat tempat dengan kepercayaan dan rasa hormat sebagai cat terkemuka dan salutan berkualiti tinggi. Jotun kini merupakan pengeluar utama global untuk cat hiasan. Jotun juga digunakan dalam pelbagai monumen yang terkenal dan ikonik di dunia seperti Menara Eiffel di Paris, Burj Al-Arab di Dubai, Marina Bay Sands di Singapura, Menara Berkembar Petronas dan Grand Hyatt di Kuala Lumpur.

Sumber: nipponpaint.com.my

3.Nippon Paint

Nippon Paint terkenal di Malaysia sebagai “Malaysia’s No. 1 Total Coating Solutions provider” .

Antara sebab cat ini terkenal ialah Nippon Paint SolaReflect adalah cat luaran yang menghalang haba membina dengan memantul haba inframerah jauh dari rumah anda.

Di sini kami ingin menyatakan bahawa pendapat yg kami lontarkan ialah hasil dari penyelidikan kami ini tidak bermakna bahawa cat yg disenaraikan diatas merupakan penyelesaian terbaik untuk rumah anda. Anda juga perlu sentiasa bertanyakan pendapat anda mengenai ruang kediaman daripada pakar pereka dalaman . Jika anda mempunyai sebarang pendapat, sila beritahu kami di ruang komen di bawah.

Sumber:

CreativeHomeX, 2019

the-5-brands-of-paint-for-any-walls