Bank Negara Malaysia : Penangguhan Pembayaran Pinjaman

Bank Negara Malaysia (BNM) telah pun mengumumkan beberapa langkah kawal selia dan penyeliaan untuk menyokong usaha institusi perbankan bagi membantu individu, syarikat perusahaan kecil dan sederhana (PKS) dan syarikat korporat untuk menguruskan kesan wabak COVID-19 untuk tempoh enam bulan.

Ini merupakan penangguhan automatik pembayaran balik pinjaman termasuklah pembiayaan oleh bank-bank islam selama enam bulan untuk membantu peminjam.

Tujuan pakej ini adalah untuk memberi sedikit kelegaan kepada individu dan perniagaan yang menghadapi kekangan kewangan sementara yang timbul daripada COVID-19 pandemik. BNM berharap bahawa ini akan membantu individu dan perniagaan yang menghadapi masalah kewangan untuk menghadapi cabaran dalam tempoh ini. Bayaran balik pinjaman/pembiayaan akan bermula selepas tempoh penangguhan.

Bank Negara berkata moratorium automatik akan berkuat kuasa dari 1 April hingga 30 September 2020

Semua kemudahan pinjaman daripada institusi kewangan yang dikawal selia BNM kepada invidu dan PKS yang memenuhi beberapa kriteria:

  • Tiada pinjaman tertunggak melebihi 90 hari pada 1 April 2020.
  • Pinjaman dalam denominasi ringgit

Pada masa ini, peminjam tidak perlu berbuat apa-apa kerana penangguhan ini berlaku secara automatik. Kepada peminjam yang mempunyai pinjaman/pembiayaan yang secara automatik dipotong daripada gaji sila maklumkan kepada Syarikat anda untuk menghentikan potongan gaji jika anda ingin membayar balik pinjaman anda ditangguh. Anda juga perlu menghubungi Bank anda untuk memaklumkan kepada mereka dengan sewajarnya.

Jika anda tidak bersetuju dengan pinjaman ini dan ingin teruskan pembayaran, sila beritahu bank anda.

Penangguhan ini juga tidak mempunyai faedah atau caj atas pembayaran lewat tetapi, caj faedah normal akan dikenakan seperti biasa kepada bayaran tertangguh dimana bayaran caj anda akan bertambah.

Faedah ini akan ditambah kepada jumlah pinjaman, anda boleh semak perbezaan antara proses pinjaman konvensional dengan pembiayaan islam.

Antara keuntungan yang anda dapat dari penangguhan ini ialah anda tidak akan dimasukkan di bawah CCRIS dan boleh belanjakan wang tambahan ini, secara berhemat kepada keperluan harian.

Selepas tempoh 6 bulan berlalu, anda perlu teruskan pembayaran balik pinjaman mengikut jumlah dan tempoh yang baharu.

Jangan risau, bank akan memberitahu anda maklumat ini. Sebagai bonus anda juga boleh memohon untuk membayar balik pada jumlah yang lebih rendah dan tempoh yang lebih lama.

Akhir kata, Bank dan institusi pembangunan kewangan telah mengambil langkah proaktif untuk bertindak kepada keperluan peminjam mereka dengan penjadualan semula dan pakej penstrukturan yang ditawarkan untuk membantu peminjam yang terjejas dalam “musim” wabak Covid-19. 

Usaha sedemikian oleh Bank dan institusi Pembangunan Kewangan adalah dialu-alukan dan digalakkan dalam masa yang mencabar ini.

Peminjam yang telah menerima bantuan daripada Bank dan DFIs untuk membuat penjadualan semula dan mengatur pinjaman/pembiayaan mereka boleh memilih untuk keluar daripada pengaturan tersebut, jika mereka ingin berbuat demikian.

Free Malaysia Today, 
FMT Reporters, March 25, 2020
FAQ on bank loans affected by Covid-19