Pengecualian Sewa Bagi PPR bagi Tempoh Sebulan

Kepada penghuni PPR, Kementerian Perumahan dan kerajaan tempatan, Zuraida Kamaruddin pada 21 Mac mengumumkan pengecualian sewa untuk 1 (satu) bulan bagi lebih daripada 9,000 unit Projek Perumahan Rakyat (PPR) di bawah pengurusan Kementerian.

Penghuni PPR boleh “bernafas” untuk sementara waktu ini. Menteri Zuraida Kamaruddin percaya bahawa insentif ini dapat membantu meringankan beban rakyat yang telah terjejas oleh perintah kawalan pergerakan (MCO) tersebut bagi menanggani wabak Covid-19.

Kawasan PPR yang dikecualikan sewa ini termasuk :

  • Sentul murni
  • Bukit Jalil transit House
  • Lembah Subang 1
  • Lembah Subang 2
  • Kg Hassan Hulu Selangor
  • Ladang Siliau Port Dickson
  • Tok Suboh
  • Amanjaya
  • Kota Setar
  • Sinar Intan 3
  • Gua Musang
  • Kota Bahru.

Selain daripada itu, Zuraida juga memberi cadangan supaya pihak berkuasa tempatan menggunakan budi bicara mereka untuk memberikan pengecualian sewa bagi pemilik perniagaan kecil yang terpaksa menutup kedai berikutan MCO.

Beliau menggesa pihak berkuasa tempatan untuk memastikan bahawa semua pasaraya dan kedai runcit mengamalkan jarak sosial, menyediakan sanitisers di pintu masuk dan keluar serta sentiasa membersihkan dan menguruskan troli dan bakul untuk mengurangkan risiko jangkitan Covid-19.

Kerajaan tempatan, juga akan bekerjasama dengan Jabatan Kebajikan Masyarakat dalam memantau dan memastikan pusat kebajikan warga emas swasta mempunyai bekalan yang mencukupi untuk tempoh MCO.

Kami dari pihak Rumah Mu berharap dengan jasa kerajaan ini penghuni yang terjejas akan menggunakan duit lebih ini secara berhemat dan bersama membendung Covid-19 daripada terus merebak dengan mempraktikan jarak sosial dan mematuhi perintah kawalan pergerakan (MCO) dengan terus berjuang di rumah anda bersama-sama.

Sumber:
BERNAMA, March 22, 2020 
One-month rent exemption for PPR units: Zuraida