Bekerjasama Kunci Kerjayaan, Tuan Rumah dan Penyewa

“Jika dalam 14 hari tak berjaya, Kita mungkin lanjutkan perintah kawalan”, kata-kata yang telah diberi oleh PM Ke-8 Malaysia, Mac 18, 2020. Kalaulah rakyat lebih mematuhi, prihatin, dan peka, maka pada 1 April, 2020, MCO sepatutnya sudah berakhir.

Separuh daripada 33 Juta rakyat Malaysia mengambil remeh perkara ini, berpusu-pusu balik ke kampung masing-masing, ada juga yang berasa ini masa untuk “ bercuti”, dan ada juga yang degil pergi melancong ke luar negara. 

Sebagai pertanyaan, pernahkah separuh daripada rakyat ini tidak peka dengan situasi masa hadapan?

Kini, kami sering digemparkan dengan kemelesetan ekonomi yang akan berlaku jika wabak ini berlanjutan untuk tempoh yang lebih lama.

Menurut penyelidikan kami, bilangan individu yang melaporkan kehilangan pekerjaan dan mendapatkan bantuan di bawah Skim insurans pekerjaan PERKESO (EIS) telah meningkat dengan ketara pada bulan Mac walaupun sebelum perintah kawalan pergerakan (MCO) dilaksanakan.

Mengikut data yang disediakan oleh PERKESO di akhbar Star, bilangan individu kehilangan pekerjaan adalah 4,917 di antara 1 Mac dan 29.

Ini adalah bilangan yang membuat laporan, bagaimana dengan individu yang tidak dibayar gaji, atau hanya mendapat separuh gaji? 

Setiap individu ini mungkin sedang dilanda krisis untuk membayar bil mereka yang tertunggak.
Bil yang kami ingin tekankan pada article ini ialah “ Bayaran Dari Penyewa”

Umum pengetahuan semua, Bank Negara Malaysia (BNM) telah membuat keputusan untuk menolong rakyat dalam pembayaran pinjaman yang dihentikan untuk tempoh 6 bulan.

Individu yang membeli rumah berjaya menyelamatkan diri untuk tempoh ini, tetapi bagaimana dengan penyewa? Bolehkah seorang penyewa membuat “force majeure”

Secara kasarnya, force majeure bermaksud situasi yang tidak dijangka akan berlaku yang akan menyebabkan atau menghalang seseorang daripada melaksanakan tanggungjawabnya seperti yang termaktub dalam kontrak.

“Force Majeure”

Jika kontrak anda menggariskan elemen berkenaan force majeure dan bagaimana anda mempunyai hak untuk tidak melaksanakan tanggungjawab anda dalam kontrak, anda berkemungkinan akan terselamat daripada diambil tindakan undang-undang atau dalam kes ini terlepas dari membayar sewa untuk sementara waktu ini.

Namun, dalam senario di mana kontrak anda tidak mempunyai klausa berkenaan force majeure dalam kontrak tidak langsung menyebut mengenai hak anda untuk tidak melaksanakan tanggungjawab ketika berlaku pandemik, maka agak sukar untuk anda mengecualikan dan mempertahankan diri anda.

Bagaimanapun, ini tidak bermaksud anda hilang harapan untuk melindungi diri anda daripada diambil tindakan undang-undang kelak jika anda gagal melaksanakan tanggungjawab anda. Ada satu lagi prinsip perundangan yang boleh digunakan dalam mengecualikan anda daripada melaksanakan tanggungjawab anda disebabkan oleh Covid-19 ini, iaitu kekecewaan kontrak (frustration of contract).

Kekecewaan kontrak adalah satu prinsip yang terdapat dalam “Common Law” yang memberikan hak kepada mana-mana pihak dalam sesebuah kontrak untuk tidak melaksanakan tanggungjawabnya. Di bawah prinsip kekecewaan kontrak ini, terdapat tiga elemen utama untuk membolehkan mana-mana pihak membatalkan sebarang kontrak atau berhak untuk tidak melaksanakan tanggungjawabnya seperti yang dituntut, iaitu: (i) Situasi yang tidak dijangka, (ii) Di luar kawalan mana-mana pihak, dan (iii) Pelaksanaan kontrak adalah mustahil disebabkan oleh Covid-19 tersebut.

Walau bagaimanapun, anda tidak boleh memaksa tuan rumah anda untuk mengetepikan sewa anda semasa MCO. Jika tuan rumah anda sendiri mahu membantu anda daripada kebaikan hati sendiri, dia boleh. Walaupun tiada fasal dalam perjanjian sewa anda yang menyediakan untuk keadaan yang tidak diduga, tuan tanah anda masih mempunyai hak untuk mengetepikan sewa untuk jumlah masa tertentu. Selagi anda dan tuan rumah anda bersetuju dengan ini, perjanjian sewa boleh diketepikan sepenuhnya.

Jadi, jika anda tidak dapat membayar sewa anda untuk bulan ini, cuba  berbincang dengan tuan rumah anda untuk melihat jika anda boleh mengetepikan sewa anda, atau sekurang-kurangnya ditangguhkan kepada beberapa bulan kemudian.

Kerajaan juga mempunyai hak untuk mengetepikan sewa untuk perumahan awam, kerana mereka adalah tuan-tuan tanah bagi rumah tersebut. Pada 29 Mac 2020, Menteri Besar Johor mengumumkan bahawa kerajaan negeri tidak akan mengenakan apa-apa sewa kepada penyewa Projek Perumahan Rakyat (PPR) dan perumahan kerajaan disewa (RSK) di Johor dari April 2020 hingga September 2020.

Akhir kata, kami berharap tuan rumah menggunakan budi bicara yang baik untuk menolong penyewa lain yang terjejas untuk musim ini. 

Sumber:
29, Mac, 2020, Mikaela Anthony
Can Malaysian tenants get a discount on rent during the MCO?