Wabak Covid-19 terhadap rakyat kelas bawahan

Pada tempoh dua minggu yang lalu, kerajaan telah mengumumkan pelbagai pakej rangsangan ekonomi untuk membantu rakyat dengan mengurangkan masalah kewangan mereka semasa masa Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dijalankan. Walaubagaimanapun, ia adalah penting untuk memastikan bahawa langkah ini tidak mengabaikan rakyat yang kurang berkemampuan yang tinggal di tempat seperti PPR yang mempunyai ketumpatan yang tinggi dan tempat tinggal yang sesak. Dari segi kewangan, mereka berada dalam tahap yang paling rendah kerana sumbah kewangannya biasanya datang dari ketua rumah sahaja. Bagi mencapai matlamat ini, kita perlu ada pemahaman mendalam tentang latar belakang sosioekonomi mereka dan bagaimana ianya dikaitkan  dengan keadaan hidup mereka.

Tiga kebimbangan utama yg perlu kerajaan ambil kira apabila mereka bentuk pakej bantuan untuk golongan miskin bandar yang terdedah seperti isi rumah PPR adalah seperti berikut.

  1. Pertama, umum maklum sesetengah isi rumah PPR tidak mempunyai masa yg fleksibiliti untuk bekerja dari rumah kerana jenis pekerjaan mereka. Walau bagaimanapun, apabila mereka tidak bekerja berkemungkinan besar mereka akan kehilangan sumber pendapatan mereka. 
  2. Kedua, permintaan mereka dan akses kepada barangan dan perkhidmatan yang berpatutan akan terjejas kerana penutupan pasaran tidak formal (pembekal utama untuk mereka) dan perkhidmatan pengangkutan awam yang terhad. Pilihan yang tinggal mungkin menyebabkan kosnya jadi lebih tinggi daripada bajet biasa dan semestinya akan membebankan kewangan mereka.
  3. Ketiga, keadaan kehidupan yang miskin berikutan isi rumah (iaitu kawasan berkepadatan tinggi, ruang sesak dan kekurangan sanitasi yg baik) akhirnya meningkatkan risiko transmisi virus serta mempunyai kesan yang memudaratkan terhadap kesihatan fizikal dan mental mereka.

Walaupun kebanyakan usul dan langkah baru ini telah memperlihatkan keputusan melindungi kesan PKP tetapi adalah penting untuk kerajaan menangani kebimbangan terhadap akses makanan yang mampu dimiliki (dan keperluan lain) berikutan keadaan hidup sekarang. Sambungan PKP juga tidak mustahil akan menyebabkan isi rumah ini lebih buruk jika tindakan segera tidak diambil.

Namun begitu, langkah yang lebih inklusif dan komprehensif perlu dipertimbangkan. Kami percaya bahawa kerajaan akan segera memberikan manfaat dalam mendapatkan input kepada penduduk PPR tentang apa yg mereka ingini buat masa ini. Persatuan residen PPR dan pemimpin komuniti boleh memberikan input kepada wakil tempatan mereka untuk pertimbangan Kerajaan Negeri mengenai pakej rangsangan dan faedah. Ini akan meletakkan peruntukan Negeri untuk kegunaan terbaik mereka.

Sumber:
27 March 2020 | Puteri Marjan Megat Muzafar and Theebalakshmi Kunasekaran
The Impact of Covid-19 on the Urban Poor: Three Major Threats – Money, Food
and Living Conditions