Kesan wabak COVID-19 terhadap industri perhotelan dan Airbnb

Umum pengetahuan semua, wabak Covid-19 telah memberi kesan dalam pelbagai aspect ekonomi Malaysia. Artikel minggu ini akan menyentuh tentang kesan yang telah wabak covid beri kepada industri perhotelan dan Airbnb di Malaysia.

Melalui temu bual kami dengan Ikhram Merican seorang ushawan hartanah dan Duta Airbnb. Ikhram juga ialah seorang Guru dalam mengajar dan menasihat indvidu lain bagaimana cara untuk melabur dalam hartanah

Terdapat beberapa pendapat dan penyelesaian yang Ikhram Merican telah berikan.

Secara umumnya, wabak ini memberi kesan terbesar terhadap industri perlancongan yang secara langsungnya memberi kesan terhadap kedua-dua industri yang dibincangkan.

Menurut Pertubuhan pelancongan antarabangsa PPB, ia dijangka bahawa pasaran pelancongan dalam 2020, akan melihat kejatuhan pada 20 peratus hingga 30 peratus dimana pada sepuluh tahun yang lepas, terdapat hanya 6 peratus peningkatan dapat dilihat pada setiap tahun.

Disebabkan ini, kami dapat melihat pelbagai hotel dan Airbnb dibangunkan dan Malaysia telah menjadi antara kawasan yang berjaya untuk Airbnb di Asia Tenggara. Kejatuhan yang berlaku pada tahun ini disebabkan wabak Covid-19 dan PKP menyebabkan tiada pelancong yang akan menetap di hotel dan Airbnb dan ini akan menyebabkan ramai pemilik Airbnb untuk jatuh dan menutup perniagaan mereka.

Bagi mereka yang berjaya untuk terus berjuang selepas wabak ini berlalu, anda mungkin akan lebih berjaya kelak tetapi terdapat beberapa faktor yang perlu anda lihat, seperti permintaan. Ini tidak dapat dijangka kerana, mungkin ramai lagi individu masih berasa was-was untuk keluar berlancong pada masa terdekat dan PKP di negera lain masih belum selesai. Hal ini akan menunjukkan pengurangan pada permintaan dan harga pasaran untuk Airbnb dan hotel.

Ikhram Merican memberi lima cadangan untuk hotel dan airbnb untuk pemilik mengekalkan perniagaan mereka.

  1. Pertama, setelah PKP selesai, Malaysian Association of Hotels MAH dan Persatuan Airbnb, boleh bersatu-padu melancarkan kempen untuk menarik minat penduduk tempatan untuk bercuti.
  2. Kedua, setelah Malaysia membukak sekatan terhadap negara yang dijamin selamat dari wabak ini, hotel dan airbnb boleh mula untuk sasarkan dan membuat pemasaran untuk menarik pelancong dari  negara itu.
  3. Ketiga, hotel budget dan airbnb boleh berunding dan berbincang dengan pemilik asal untuk mendapatkan diskaun pada harga berpatutan, cara ini haruslah dilihat pada budi bicara.
  4. Keempat, membuat penjimatan yang kos efektif. “Contohnya, hotel yang mempunyai lima tingkat atau 30 bilik, anda boleh menutup separuh daripada operasi ini” katanya. Hal ini boleh dilihat, dimana pemilik membuat penjimatan kos daripada elektrik dan air mahupun pekerja buat sementara waktu ini.
  5. Kelima, tax pelancongan yang ditetapkan oleh kerajaan, dicadangkan untuk ditangguh 6 bulan ataupun sehingga ekonomi pelancongan Malaysia kembali stabil.

Terima kasih kepada penangguhan pinjaman untuk 6 bulan akan datang, pemilik Airbnb tidak perlu resah dan boleh teruskan perniagaan mereka untuk 6 bulan seterusnya selain dari menjual hartanah tersebut dan bagi pemilik airbnb yang menyewa tapak, anda boleh mencuba cadangan ketiga.

Dari pandangan Ikhram, dia juga telah menjangka yang tenaga kerja di perhotelan juga akan dikurangkan. Ini membolehkan perhotelan untuk terus kekal dalam perniagaan dan akan memberi lebih banyak kesan baik dari buruk untuk ekonomi Malaysia pada masa hadapan. 

Kerajaan juga telah memberi beberapa stimulus untuk menolong kedua-dua industri untuk memberi stabiliti dalam pasaran ini seperti potongan harga bagi bil elektrik, vouchers, dan pelbagai insentif. Kerajaan juga memberi peluang untuk hotel menjana kewangan untuk rakyat yang pulang dari luar negara untuk menetap di hotel terpilih sebagai langkah untuk kuarantin untuk 14-hari dan menanggung sebanyak RM150 sehari. 

Buat masa ini, pemilik airbnb dan perhotelan juga boleh mengambil masa ini untuk mengaji pasaran yang mereka mahu dan memenuhi permintaan mereka untuk menjana wang. Peperangan harga bukanlah solusi yang terbaik, jadi ambil masa mencipta lebih banyak nilai untuk memuaskan pembeli.  Jika harga yang dipasarkan berpatut dengan pengalaman dan kepuasan yang baik, pasti akan ada ramai yang akan datang untuk menginap di penginapan anda. Pemasaran digital juga patut dilakukan katanya.

Mengakhiri artikel ini, kami berharap bahawa kerajaan akan mengeluarkan lebih banyak usul untuk menolong industri pelancongan yang terus memberi kesan terhadap perhotelan dan airbnb dimana ia merupakan antara kewangan untuk ekonomi Malaysia. Ikhram Merican mengakhiri dengan ucapan “kehidupan harian akan dipenuh dengan ketidaktentuan, ia adalah bagaimana anda bertindak balas kepadanya” Kerisauan yang melampau tidak akan membantu anda, yakin dalam meningkatkan perniagaan anda bagi menambah pendapatan untuk separuh tahun yang akan datang lagi.