Inspirasi Minggu ini : Dedikasi Ejen Hartanah yang Berjaya

Era ini, ramai individu yang mencuba nasib dan membawa diri ke arah hartanah, tetapi terdapat kisah seorang ejen hartanah yang telah menarik minat ramai individu.

Individu ini ialah Shazali Ahamad berumur 36, yang kami ingin kongsikan kisahnya dalam bidang hartanah menjadikan dia inspirasi minggu ini.
Kisah beliau mungkin tidak semegah dan terkenal seperti 11 usahawan di malaysia yang tersenarai dalam ‘forbes 30 under 30 asia’ pada tahun ini. Tetapi, Ejen hartanah yang berdaftar di Ipoh, Perak mempunyai cerita tersendiri.
Sebagai permulaan, Shazali Ahamad yang telah bekerja sebagai ejen hartanah selama tiga tahun dipaksa oleh majikan untuk beli rumah yang tidak terjual berusia lebih setahun di pasaran untuk dijual di kemudian hari. Pada masa itu, Shazali memiliki rumah ini pada umur 31.
Di sini, bermulalah cabaran bagi Shazali kerana rumah usang tersebut amatlah mustahil untuk dijual.
5 faktor yang diberi oleh Encik Shazali ialah,jenis rumah, harga, size, usia, dan lokasi yang selalunya dielak ramai pembeli.
Tanpa melengahkan masa, Encik Shazali tidak berputus asa, terus berunding dengan tuan tanah dan membeli hartanah tersebut pada RM70,000. Tetapi, info yang didapati oleh Encik Shazali ialah rumah tersebut hanya berharga pada RM55,000. Ini adalah RM15,000 beza dari harga dibeli.
Selain dari 5 faktor yang disebabkan oleh hartanah, Encik Shazali juga berhadapan dengan masalah kewangan untuk deposit 10 peratus yang perlu disediakan. Pada waktu itu duit simpanannya tidak mencukupi walaupun telah mendapat pinjaman daripada bank sebanyak 90 peratus.
Dengan pertolongan ibunya, Encik Shazali dapat menglangsaikan deposit 10 peratus tersebut termasuk dengan bayaran kepada syarikat agensinya dan bayaran guaman.
Apakah daya nasib Encik Shazali, sudah jatuh ditimpa tangga, masih tidak berputus asa untuk rumah tersebut. Siang dan malam dia mencari cara untuk memutarkan wang yang dia telah kehilangan dan mendapat jawapan bahawa, rumah tersebut berpotensi untuk disewakan untuk harga berpatutan dan terdapat pula institusi pengajian tinggi berhampiran.
Adat periuk berkerak, adat lesung berdedak, tanpa membuang masa, dia meminta tolong adik-beradiknya untuk mengubahsuai, dan menghias rumah tersebut untuk bakal penyewa.
Rezekinya melimpah apabila rumah tersebut disewa pada dua tahun berturut-turut tanpa masalah dan untuk mengakhiri cerita ini, rumah itu telah pun dijual olehnya pada tahun 2017 pada harga dua kali ganda yang dibeli iaitu, RM140,000. Dia terus melabur kepada sebuah kereta, rumah dan mengubahsuai rumah pelaburan milik isterinya.
Sebagai penutup, setiap pembeli hartanah pasti berdepan dengan pelbagai cabaran dan dugaan apabila membeli rumah “second hand” dan pastinya pengalaman ini berbeza. Kongsilah kisah anda di ruang comment dibawah untuk kami!