Tips Ejen: Persiapan untuk menjual rumah kos rendah.

Tahun ini merupakan tahun yang paling mencabar setakat ini. Dari pembakaran hutan yang sukar dikawal di Australia, ke khabar angin perang dunia ketiga akibat serang balas oleh US dan terus kepada seluruh dunia dijangkiti Covid-19.
Kini akibat Covid-19 kami, warga penduduk Malaysia, ramai yang mula hilang sumber pendapat, gaji dipotong dan kerja juga ditunda dan terumata sekali untuk ejen-ejen hartanah di luar sana yang makan komisen setiap bulan hilang sumber pendapatan.
Apakah yang boleh ejen-ejen ini lakukan pada masa terdekat ini. Jawapanya mudah, ejen-ejen di Malaysia boleh bermula dengan meningkatkan pengetahuan mereka tentang hartanah.

Pengetahuan yang kami ingin tekankan disini ialah lebih kepada rumah kos rendah.

Kami memahami, yang rumah kos rendah mungkin tidak akan memberi komisen yang lebih lumayan. Tetapi jika difikir secara logik, seperti yang dibincangkan diatas, sumber pendapatan rakyat di Malaysia banyak berkurangan dan ekonomi Malaysia mungkin akan mengambil masa untuk pulih. Jadi, mengikut ramalan, permintaan untuk rumah kos rendah akan meningkat secara mendadak.
Bagi semua ejen diluar sana, ini adalah tips yang kami boleh kongsikan untuk anda beberapa persiapan untuk menjual rumah kos rendah.
Pertama, ejen boleh bermula dengan mengenal pasti ciri-ciri rumah kos rendah. Terdapat dua ciri yang diberikan iaitu; 

  1. KURANG dari 650KP (ada kes yang luas 700kp pun dikira kos rendah)
    ii- CUKAI PINTU : RM0.00 / DIKECUALIKAN 

Iii- Harga dianggar bermula dari RM45,000\

Kedua, ejen juga harus ketahui siapakah yang layak memiliki rumah kos rendah;

  • Warganegara Malaysia dan berumur 18 tahun ke atas.
  • Pendapatan pembeli dan pasangan tak melebihi RM5,000 jika berumah tangga.
  • Pendapatan pembeli tak melebihi RM3,000 jika belum berumah tangga.
  • Kelulusan adalah tertakluk kepada pihak berkuasa negeri.
  • Pemilikan hartanah oleh pemilik mencukupi atau melebihi 5 tahun.

Ketiga, sementara anda “terperangkap” dirumah buat waktu ini, cara mudah untuk meluaskan rangkaian anda adalah melalui pengiklanan secara digital. Dalam iklan yang dibuat, nyatakan terus status rumah kos rendah dan juga syarat belian. Ini untuk pastikan hanya prospek yang layak saja akan hubungi anda.

Apabila anda telah mendapat pembeli, ejen wajib untuk menyelidik lebih dalam tentang pembeli untuk memastikan bahawa dia betul-betul layak untuk memiliki rumah ini.

Selesai tugas kaji selidik ejen dengan pembeli, teruskan perjalanan anda untuk membawa pembeli untuk lihat rumah tersebut. Jika pembeli betul-betul berminat disini ialah beberapa perkara yang diperlukan:

1. Pembeli bayar wang tandajadi (booking) 3.18% dan tandatangan surat tawaran belian (Offer to Purchase).

  1. Perunding hartanah bantu prospek untuk dapatkan pinjaman.
  2. Dalam masa 21 hari berkerja, pembeli tandatangan Perjanjian Jual Beli dan jelaskan baki deposit 6.82%.

Bagi rumah kos rendah “second hand” Pembeli dan pemilik kemudian buat permohonan pindah milik rumah kos rendah di Lembaga Perumahan dan Hartanah Selangor (LPHS).Sebagai ejen hartanah, anda tidak boleh bantu untuk buat permohonan bagi pihak mereka. Mereka sendiri kena hadir ke LPHS.

Ejen juga harus ingatkan pembeli supaya tidak mengambil remeh perkara ini untuk mempercepatkan proses dan atau “booking fee” mereka akan lesap begitu sahaja.

Kami percaya bahawa setiap ejen sudah menguasai cara untuk menolong mendapatkan pinjaman untuk pembeli tetapi, ia sedikit berbeza untuk rumah kos rendah kerana lingkungan pinjaman yang diperlukan ialah, RM150,00 kebawah. Sebagai peringatan, pilih bank yang sesuai kerana bukan semua bank akan memberi pinjaman bawah RM200,000.

Apabila pinjaman anda lulus, mulakan proses untukmenandatangan perjanjian jual beli.

Ejen boleh menasihati ataupun bekerjasama untuk mencari peguam yang mahir dalam rumah kos rendah kerana, peguam yang mahir akan nasihatkan pembeli untuk buat permohonan di LPHS terlebih dahulu. Hal ini demikian, apabila pembeli tandatangan perjanjian jual beli sebelum permohonan, dan permohonan pula tidak diterima, sukar untuk batalkan perjanjian jual beli. Deposit yang dibayar kepada pemilik pula mungkin sukar untuk dapat balik.

Setelah, permohanan semua selesai dan diakui oleh pihak LPHS, teruskan dengan tandatangan.

Selesai kerja anda sebagai ejen setakat disini sahaja. Buat musim ini, mungkin rumah kos rendah akan jadi pilih ramai, janganlah segan untuk menjual rumah tersebut. Selain itu, jangan terlalu kejar komisen, jangan sehingga yang dikejar tak dapat, yang digendong berciciran.

Sumber:
GH Media, 2020
semua yang ejen patut tahu sebelum menjual rumah kos rendah