“Beli rumah dulu sebelum membeli kereta”

“Beli rumah dulu sebelum membeli kereta” nasihat seorang ayah kepada anaknya yang baru ingin melangkah ke-dunia perkerjaan selepas graduasi.

Kenyataannya, realitinya sangat berbeza dengan apa yang diimpikan. Betul, setiap anak muda ingin memiliki rumah sebelum masuk ke fasa rumah tangga, tetapi dengan harga yang telah ditetapkan adakah ia boleh dicapai?
Di sini kami boleh melihat statistik yang telah dibincangkan oleh akhbar Stars di mana rakyat Malaysia tidak mampu membeli rumah yang baru dilancar, kerana harga purata hartanah baru hampir 48% lebih tinggi daripada harga rumah mampu milik maksimum di Malaysia.

Di samping itu, kira-kira 73% daripada hartanah tidak terjual di negara ini berharga tinggi, ini menurut Pengarah pengawasan kewangan Bank Negara Qaiser Iskandar Anwarudin pada Oktober, 2019.

Menurut Qaiser, rumah di Malaysia dianggap “serius tidak berpatutan” dengan standard antarabangsa. Hal ini kerana isu kemampuan perumahan merangkumi di seluruh Malaysia, terutamanya di Kuala Lumpur, Selangor, Pulau Pinang dan Johor.

Statistik yang diberi menunjukkan yang harga rumah yang mampu dimiliki maksimum di seluruh negara ialah RM282, 000 berdasarkan pendapatan median isi rumah. Walaubagaimanapun, harga purata hartanah yang baru yang dilancarkan adalah RM417, 262.

Jadi, di sini menjadi pertanyaan anak muda, yang sering berpegang kepada nasihat itu, yang pergi berkerja dengan motor “kapcai” mahupun pengangkutan awam, yang berikat perut hanya untuk memberi senyuman kepada keluarga. Adakah impian ini boleh dicapai?

Sebenarnya, sebelum pembelian kereta atau rumah, banyak yang harus diambil kira, Contoh;

Adakah ini benar-benar perlu?, Bolehkah saya memberi komitment 100%?, Kalau saya beli, cukup makan atau tidak setiap bulan? Bagaimana dengan kos yang akan datang? Loan lepas tak? Duit untuk bayar muka mencukupi?

Walau apa pun pilihan anda, ia juga harus mengikuti keperluan semasa. Ada segolongan anak muda yang memerlukan kenderaan untuk hal pekerjaan, dan ada juga yang berasa rumah lagi berbaloi dan masih tidak memerlukan kenderaan tersendiri.

Secara umumnya, rumah dilihat sebagai pelaburan jangka masa panjang manakala kereta merupakan sebuah liabiliti. Nilai rumah atau hartanah mungkin mendatar atau turun sedikit dalam jangka masa pendek, namun apabila dihitung dalam tempoh 5 ke 10 tahun akan datang, nilai hartanah kebiasaannya akan meningkat selari dengan pembangunan semasa. Berlainan pula jika anda membeli kereta, nilainya akan terus menyusut dan tidak akan meningkat sama sekali. Oleh itu, sudah tentu pembelian rumah adalah lebih baik sekiranya dikaji daripada segi nilai jangka masa panjang.
Nasihat kami dari pihak Rumah Mu ialah pembelian ini tertakluk kepada keperluan masing-masing, anak muda yang baru menjelajah dunia pekerjaan haruslah ukur baju di badan sendiri, jangan tergesa-gesa membuat keputusan ini. Selain itu, melalui kajian kami, didapati bahawa jika anda membeli kereta dahulu, Debt Service Ratio (DSR) akan lebih tinggi berbanding dengan pembelian rumah dahulu dan sebaliknya.

Ramai kata rumah dulu dari beli kereta. Tapi statistiknya, ramai juga yang buat loan beli kereta dulu. Kerana kereta menjadi keperluan seharian. Kereta juga boleh menjadi “Investment” kalau rajin contohnya : Grab Service. Service Dropship dan sebagainya.Jadi, apakah pilihan anda? Beli rumah atau kereta dahulu? Sudah tentu tiada jawapan yang betul mahupun salah. Memang kita digalakkan untuk membuat pelaburan hartanah terlebih dahulu kerana ia lebih menguntungkan. Namun, dengan keadaan ekonomi semasa dan peningkatan kos sara hidup, perlu disedari bukan semua golongan muda bersedia menanggung komitmen dan risiko pinjaman bernilai tinggi. Setiap orang menjalani kehidupan yang berbeza dengan keperluan dan situasi yang berbeza. Tepuk dada, tanya selera!

Sumber:
Ikhwan Fahmi, 2016

Beli rumah atau kereta dahulu