Pembelian Hartanah Bagi Belia Malaysia

Memilik hartanah lebih mudah bagi belia di Malaysia berbanding dengan rakan mereka di negara jiran.

Di Malaysia, anda masih boleh membeli hartanah jika anda tergolong dalam keluarga berpendapatan berganda ataupun memilih pemilikan bersama.

Kerajaan juga banyak menyokong pembelian rumah dengan pelbagai skim yang diberi seperti Skim Rumah Pertamaku (SRP), PR1MA, Skim Pinjaman Perumahan (SPP), dan lain-lain seperti Skim Rumah Mampu Milik yang terdapat di beberapa kawasan, RUMAWIP dan Mydeposit.

Bagi pemuda Bumiputera terdapat lagi banyak kelebihan seperti potongan harga yang diberikan pada Lot Bumiputera tertakluk kepada diskaun sehingga 15% daripada harga permulaan

Belia di Thailand, Indonesia, Laos dan Kemboja tidak dapat memiliki hartanah kerana harga yang dijual tidak masuk akal. Hal ini diibaratkan seperti siang menjadi angan-angan, malam menjadi buah mimpi.

Pada Tahun 2019, September, Menteri Kewangan Lim Guan Eng, telah memberi amaran keras pada pemaju-pemaju untuk turunkan lagi harga hartanah di peringkat kebangsaan.

Setakat ini, pemaju di Pulau Pinang telah bersetuju untuk mengurangkan harga antara 6% dan 10%.

Walau dengan pelbagai skim, potongan harga dan usaha oleh kerajaan bagi belia Malaysia, masih terdapat lebih daripada 50,000 harta kediaman, bernilai kira-kira RM34 bilion, kekal tidak terjual pada suku ketiga tahun lepas. Antara faktor yang menyebabkan hartanah tidak terjual adalah gaji di Malaysia tidak meningkat untuk bersaing dengan harga hartanah, lokasi yang tidak sesuai dan juga kelajuan pembina hartanah.

SUMBER:

Buying houses easier for local youths than those in nearby countries, says expert