Pelaburan Hartanah Di Malaysia

Mungkin masih ada yang tertanya-tanya, apakah pelaburan hartanah, bagaimana saya boleh berlabur ataupun perkataan yang sering bermain di fikiran “ Teringinnya nak ada Rumah untuk Investment”.

Pelaburan hartanah di Malaysia boleh menjadi usaha yang memberi ganjaran kepada anda jika anda mengambil masa untuk belajar dan rajin menyelidik terlebih dahulu.

Terdapat dua cara untuk melabur hartanah:
1. Membeli rendah untuk menjual tinggi.

2.Mengumpul pendapatan sewa,ini juga merupakan strategi yang tepat, sering digunakan sebagai satu cara bagi aset untuk membayar untuk pinjaman yang dioffset sendiri.

Sebagai permulaan, anda boleh bermula dengan membuat pencarian di laman web seperti di laman Property Queen dan sebagainya ataupun terus ke galeri jualan yang anda minat ataupun ke expo yang banyak dilancarkan di pusat membeli-belah.

Apabila hartanah yang sesuai telah dikenal pasti, anda boleh mulakan melawat rumah tersebut.

Semasa lawatan, mulakan dengan pemeriksaan dalaman contohnya, suis utama, kipas, pintu, lantai, tandas, maintenance fee, dinding dan sebagainya. Selain itu, status hartanah juga haruslah dikenal pasti. (Pegangan bebas ataupun Pegangan pajakan).

Dalam kebanyakkan kes, pegangan bebas selalunya lebih mahal daripada pegangan pajakan.

Setelah anda berpuas hati, langkah seterusnya ialah pemeriksaan luaran ataupun juga dikenali sebagai pemeriksaan lokasi. Lokasi boleh dianggap sebagai keutamaan kepada pembeli.

Jika lokasi tidak sesuai ataupun di kawasan luar bandar, infrastruktur, pengangkutan dan pelbagai kemudahan adalah kurang dan ini boleh menjejaskan pelaburan anda sama ada untuk jualan semula, ataupun untuk menyewa.

Lokasi yang bagus menunjuk kesesakan jalan raya, berdekatan dengan pengankutan awam, penuh dengan infrastruktur dan pelbagai kemudahan lain.

Anda juga haruslah lihat jenis kejiranan, jenis kaum yang padat menetap di kawasan itu, laluan tangga ke rumah (untuk condo atau flat) ada sebarang kerosakkan dan bersih atau tidak, lif, ataupun keselamatan kawasan itu contoh kes yang berlarutan ( rompak, ragut, kereta dipecah dan sebagainya)

Bila sudah yakin yang rumah ini akan jadi pilihan sebagai rumah pelaburan, bolehlah mulakan proses pembelian, loan dan pencarian peguam.

Ramai pelabur mengutip pendapatan sewa, tetapi hartanah komersial juga boleh menawarkan potensi pendapatan yang lebih baik berbanding hartanah kediaman.

Hal ini kerana, perniaga akan membayar lebih untuk menyewa dalam jangka masa yang panjang,

Selain daripada hartanah komersial, anda juga boleh melihat ke dalam pelaburan hartanah runcit atau hartanah perindustrian. Permintaan untuk hartanah ini bagaimanapun masih tinggi tetapi pelaburan anda ini akan lebih kepada masa hadapan.

Gila Hartanah, Jan 9,2020,

Tip Pelaburan