OPR dan kesan terhadap warga Malaysia

Tahun ini, rakyat Malaysia telah melihat perubahan pada kadar dasar (OPR)
sebanyak 3 kali.
Yang pertama, pada January 22, 2020, Bank Negara Malaysia mengurangkan (OPR)
kepada 2.75 peratus. Oleh itu, kadar koridor tertinggi dan terendah bagi OPR
masing-masing diturunkan kepada 3.00 peratus dan 2.50 peratus.
Dilihat lagi pada 3 March 2020, lagi sekali bank negara mengurangkan (OPR) ke
2.50 peratus. Ia adalah kejatuhan 25 mata asas daripada 2.75% (kadar sebelumnya
ditetapkan pada 22 Januari 2020)
Terkini, Bank Negara Malaysia (BNM) menurunkan kadar dasar semalaman (OPR)
sebanyak 0.50 peratus kepada 2.00 peratus 5 Mei, 2020.
Ini menjadikan kadar siling dan lantai bagi koridor OPR masing-masing dikurangkan
kepada 2.25 peratus dan 1.75 peratus. Kali terakhir BNM keputusan begini adalah
pada 24 Feb, 2009.
Jadi, bagaimanakah ini akan memberi kesan terhadap pinjaman rumah.
Kadar Dasar (OPR)
OPR ialah Overnight Policy Rate atau kadar semalaman polisi. Kegunaan OPR ini
adalah untuk mengawal polisi monetari ringgit kita supaya berada pada tahap yang
baik agar tidak berlaku difisit ekonomi.
OPR ini adalah satu kadar pinjaman Bank Negara Malaysia yang diberikan kepada
bank-bank perdagang di Malaysia yang tidak mencukupi jumlah dana bank-bank
tersebut.
Peningkatan OPR ini akan memberikan peningkatan kepada kos bank tersebut.
Bagaimana kesannya pada pinjaman rumah
Apabila kadar faedah terlalu rendah untuk tempoh yang terlalu lama, kos untuk
mendapatkan pembiayaan adalah lebih murah .
Oleh itu, orang mungkin cenderung untuk lebih meminjam atau kelembapan yang
sistemik boleh berlaku yang kemudian meletakkan ekonomi dalam masalah.
Penurunan OPR akan menyebabkan kadar faedah pinjaman perumahan menjadi
lebih rendah. Jika anda mempunyai simpanan anda bersedia, ini adalah peluang
yang anda telah menunggu. Ini adalah jumlah faedah pinjaman yang paling rendah
sejak 2008
Oleh itu, kenaikan dan penurunan OPR juga boleh menjadi satu bentuk untuk
menguruskan ekonomi negara dan juga untuk menguruskan keadaan kewangan
negara.
Penurunan OPR bermakna Bank akan menggurangkan kadar pinjaman asas (BLR)
dan kadar pembiayaan asas (BFR).

BLR adalah kadar yang ditentukan oleh Bank konvensional berdasarkan kos
pinjaman kepada pengguna.
BFR adalah kadar yang ditentukan oleh Bank Islam berdasarkan kos pinjaman
kepada pengguna.
Sebagai contoh:
Pinjaman sebelum penurunan OPR
Harga rumah : RM 708800
Margin Pinjaman : 90%
Amaun Pinjaman : RM 637920
Tempoh Pinjaman : 35 Tahun
Kadar Faedah : 4.50%
Monthly Instalment : RM3098.49
Pinjaman selepas penurunan OPR
Harga rumah : RM 708800
Margin Pinjaman : 90%
Amaun Pinjaman : RM 637920
Tempoh Pinjaman : 35 Tahun
Kadar Faedah : 3.40%
Monthly Instalment : RM2563.08
Kesimpulannya, penggurangan OPR akan memberi kesan pada pinjaman rumah
yang akan mempengaruhi kadar faedah pinjaman. Sebagai balasan, penggurangan
OPR juga akan memberi kenaikan pada kadar simpanan tetap, kadar akaun
simpanan, dan lain-lain juga akan meningkatkan secara selari juga.
https://www.theedgemarkets.com/article/bnm-cuts-opr-50bps-2-amid-
worldwide-pandemicinduced-economic-disruptions
https://www.comparehero.my/banking-finance/articles/opr-changes-impact-
malaysians
https://www.iproperty.com.my/guides/bnm-reduces-opr-to-2-5-how-will-it-affect-your-
home-loan-ctr/