Kesilapan biasa yang dilakukan oleh ramai apabila membeli sebuah rumah

Ramai orang beranggapan bahawa hanya beberapa perkara tidak akan memihak kepada anda  apabila membeli sebuah rumah.
Sebagai contoh, anda mungkin akan beranggapan perkara ini hanya lokasi yang tidak diingini, susah untuk mendapat pinjaman atau bayar komitmen tersebut pada masa hadapan,dan mencari cara untuk membayar wang pendahuluan.

Namun begitu, banyak lagi perkara yang tidak rancang boleh berlaku apabila anda membeli rumah “impian” anda dan perkara ini selalu terjadi kepada pembeli rumah yang membeli buat kali pertama.

Yang pertama sekali dan yang paling penting, kami mahu tekankan ialah rangkaian telekomunikasi anda. Bayangkan, selama ini anda menggunakan rangkaian yang sudah biasa dipakai ataupun masih lagi dalam kontrak dengan telekomunikasi pilihan anda, apabila anda berpindah ke rumah baru anda, semuanya huru-hara seketika.
Susah untuk anda berkomunikasi dengan orang tersayang tetapi anda harus teruskan untuk menggunakan telekomunikasi yang telah anda percaya kan selama ini.

Kedua, tiada restaurant makanan, gerai ataupun penghantaran makanan seperti “FoodPanda”. Hal ini boleh dikaitkan dengan mana individu yang tidak tahu bagaimana untuk memasak atau suka membeli melalui aplikasi penghantaran.

Kesalahan seterusnya boleh dikaitkan dengan pinjaman yang telah dibuat dengan tergesa-gesa apabila anda lepas untuk membuat pinjaman tersebut yang dikemukakan oleh pemaju ataupun agent anda.

Sebagai peringatan, agensi mahupun pihak pemaju sentiasa bekerja-sama dengan pihak bank untuk mendapatkan keuntungan maksimum daripada anda. Pinjaman yang dikemukakan memberi andaian bahawa kadar yang lebih baik telah dirundingkan dengan pihak Bank.

Jangan terlalu mengikut trend dan mengambil pinjaman maksimum (35 Tahun). Anda boleh pertimbangkan situasi kewangan anda, dan mengambil pinjaman 20 Tahun. Terdapat juga manfaat yang anda peroleh untuk membayar hutang anda dengan lebih cepat. Bagi individu lain, ini adalah atur-cara yang lebih baik.

Kesalahan keempat ini selalunya terjadi apabila pembeli membeli rumah yang pernah dimiliki ataupun jualan semula. Mungkin jika anda pernah membaca artikel Rumahmu yang lepas, anda akan mengetahui tentang pemeriksaan yang wajib dilakukan sebelum membeli. Langkah tersebut ialah tepat, tapi apakah langkah seterusnya?

Langkah yang betul ialah supaya pembeli berunding dengan penjual untuk mengurangkan lagi harga rumah tersebut, bukan dengan meminta penjual untuk membaiki dan mengubahsuai semula kerosakan. Ini selalunya menjadi isu apabila penjual membaiki dan mengubahsuai dengan sendiri, ia akan memakan masa dan mencari alternatif paling murah dan tidak berkualiti. Anda mungkin perlu mengeluarkan lebih wang pada masa hadapan untuk membaiki semula kerosakan dan kecacatan.

Akhir sekali, isu yang kami ingin tekankan di sini ialah apabila pembeli tidak menghabiskan masa di kejiranan terlebih dahulu. Contohnya, adakah kawasan anda akan ada pembangunan yang lain seperti kondo dan flat yang menghalang pemandangan anda atau kawasan itu akan menjadi kawasan yang dicemari bunyi tinggi akibat pembinaan, adakah komuniti sering ingkar untuk membayar yuran penyelenggaraan, adakah pihak pengurusan sentiasa menjaga dan membaik pulih kemudahan di sana, laluan dan sambungan rumah yang kurang dan juga jalan yang tidak sekata.

Hal di atas harus diambil berat supaya anda tidak kesal selepas membeli, aman dan berbaloi mengakhiri kata, sesal dahulu pendapatan, sesal kemudian tidak berguna. 

Sumber:
Recommend.my, May 1, 2020
Homeowners’ 7 biggest regrets after buying a home