CRISIL Sahkan Semula Penarafan ‘CRISIL AAA/Stable’ untuk NCD Embassy Office Parks REIT bernilai INR 36.5 Bilion

BENGALURU, India, 20 Mei 2020 /PRNewswire/ — Pada 16 Mei 2020, CRISIL mengesahkan semula penarafan ‘CRISIL AAA/Stable’ untuk debentur tidak boleh ditukar (NCD) Embassy Office Parks REIT (NSE: EMBASSY) (BSE: 542602) (‘Embassy REIT’) bernilai INR 36.5 bilion.

Mike Holland, Ketua Pegawai Eksekutif Embassy REIT, berkata, “Embassy REIT ialah REIT senaraian yang pertama dan satu-satunya di India. Penarafan kredit yang ditetapkan ini merupakan satu penilaian terhadap kekuatan semula jadi Embassy REIT seperti nisbah LTV kami yang rendah, pendapatan yang stabil, kecairan yang mencukupi dan rekod prestasi penghantaran yang terbukti. Proposisi perniagaan utama kami bagi aliran tunai yang boleh diramal dan agihan suku tahunan yang terhasil melalui hartanah asas yang mantap dan aliran sewaan yang diperoleh oleh kumpulan penghuni berkualiti tinggi daripada sebahagian besar syarikat-syarikat multinasional telah membawa kepada pengesahan semula status AAA/Stabil oleh CRISIL ini.”

Berhubung rasional penarafannya, CRISIL menyatakan, “Penarafan terus memperlihatkan nisbah pinjaman-kepada-nilai (LTV) Embassy REIT yang selesa — didorong oleh paras hutang yang rendah dan metrik perlindungan hutang yang kukuh, disokong oleh had maksimum pinjaman tambahan — dan pendapatan yang stabil daripada aset-aset asas hasil daripada aset-aset komersial berkualiti tinggi, tahap penghunian yang tinggi dan kepelbagaian geografi. Kekuatan-kekuatan ini sebahagiannya diimbangi oleh kecenderungan terhadap ketaktentuan dalam sektor hartanah, yang menyebabkan turun naik dalam kadar sewaan dan penghunian.”

Penafian  

Penarafan ini bukan pengesyoran untuk membeli, menjual atau memegang NCD atau unit atau sekuriti Embassy REIT dan pelabur harus membuat keputusan sendiri. Penarafan ini adalah berdasarkan andaian tertentu dan tertakluk kepada semakan atau pengubahsuaian oleh agensi penarafan kredit yang ditetapkan pada bila-bila masa.

Siaran media ini disediakan untuk tujuan maklumat umum sahaja. Embassy Office Parks Management Services Private Limited (“Pengurus”) dalam kapasitinya sebagai Pengurus Embassy Office Parks REIT (“Embassy REIT”) dan Embassy REIT tidak membuat sebarang perwakilan atau jaminan, tersurat atau tersirat, berhubung dengan, dan tidak menerima apa-apa tanggungjawab atau liabiliti berhubung dengan, keadilan dan kesempurnaan kandungan siaran media ini. Setiap penerima akan bertanggungjawab sepenuhnya untuk penilaian sendiri terhadap pasaran dan kedudukan pasaran Embassy REIT.

Siaran media ini mengandungi kenyataan pandang ke hadapan berdasarkan kepercayaan, pendapat dan andaian yang dipegang pada masa kini oleh Pengurus. Kenyataan pandang ke hadapan melibatkan risiko yang diketahui dan tidak diketahui, ketidaktentuan dan faktor-faktor lain, yang boleh menyebabkan keputusan sebenar, keadaan kewangan, prestasi atau pencapaian Embassy REIT atau keputusan industri, berbeza dengan ketara daripada keputusan, keadaan kewangan, prestasi atau pencapaian yang tersurat atau tersirat oleh kenyataan pandang ke hadapan berkenaan. Pengurus menolak apa-apa kewajipan untuk mengemas kini kenyataan pandang ke hadapan ini bagi menggambarkan peristiwa atau perkembangan akan datang atau kesan daripada peristiwa yang kini tidak dapat dipastikan, seperti COVID-19.

Latar Belakang Embassy REIT 

Embassy Office Parks ialah REIT senaraian yang pertama dan satu-satunya di India. Embassy REIT mencakupi 26.2 juta kaki persegi (jkp) hartanah komersial yang telah siap dan sedang beroperasi di seluruh India. Dengan kira-kira 7.1 jkp pembangunan dalam kampus yang sedang dirancang, jumlah portfolio mencakupi 33.3 jkp merentas tujuh taman pejabat Gred A dan empat bangunan pejabat pusat bandar dalam pasaran pejabat berprestasi terbaik India di Bengaluru, Mumbai, Pune dan Wilayah Ibu Negara (NCR). Portfolio ini menjadi pusat kepada 160 penghuni korporat cip biru dan merangkumi 78 bangunan dengan kemudahan strategik termasuk dua hotel yang telah siap, dua hotel yang sedang dibangunkan dan sebuah taman solar 100MW(AC) yang membekalkan tenaga boleh diperbaharui kepada penyewa taman.

Untuk maklumat lanjut, sila hubungi:
Ritwik Bhattacharjee
Ketua Perhubungan Pelabur
Emel: ir@embassyofficeparks.com
Telefon: +91-80-3322-2222

Logo – https://rumahmu.com.my/wp-content/uploads/2020/05/crisil-sahkan-semula-penarafan-crisil-aaa-stable-untuk-ncd-embassy-office-parks-reit-bernilai-inr-36-5-bilion.jpg