Embassy Office Parks REIT Umum Keputusan untuk Suku Keempat dan Tahun Fiskal FY2019-20

Mengagihkan ₹18,821 juta pada tahun penuh pertama sejak penyenaraian  

BENGALURU, India, 21 Mei 2020 /PRNewswire/ — Embassy Office Parks REIT (NSE: EMBASSY) (BSE: 542602) (‘Embassy REIT’), REIT senaraian yang pertama di India dan yang terbesar di Asia mengikut kawasan, melaporkan keputusan pada hari ini untuk suku keempat dan setahun penuh berakhir pada 31 Mac 2020.

Lembaga Pengarah Embassy Office Parks Management Services Private Limited (‘EOPMSPL‘), Pengurus Embassy REIT, di Mesyuarat Lembaganya yang diadakan lebih awal pada hari ini, mengisytiharkan pengagihan sebanyak ₹5,317 juta ₹6.89 setiap unit bagi Suku Keempat Tahun Fiskal 2020. Pengagihan kumulatif bagi Tahun Fiskal 2020 berjumlah ₹18,821 juta atau ₹24.39 setiap unit. Tarikh rekod bagi pengagihan Suku Keempat Tahun Fiskal 2020 adalah pada 28 Mei 2020 dan pengagihan ini akan dibayar pada atau sebelum 3 Jun 2020.

Michael Holland, Ketua Pegawai Eksekutif berata, “Kami amat gembira dengan prestasi perniagaan kami yang mantap pada fiskal 2019-20. Sejak Embassy REIT disenaraikan pada April 2019, kami telah memberi pulangan keseluruhan kira-kira sebanyak 25%. Pendapatan dan bayar keluar pengagihan suku keempat kami sekali lagi menunjukkan kestabilan dan ketahanan Embassy REIT dalam memberi aliran tunai yang disokong oleh perjanjian lebih 160 kumpulan penghuni yang sebahagian besarnya multinasional.

Meskipun pandemik COVID-19 telah mengakibatkan prospek jangka pendek yang tidak menentu untuk banyak perniagaan di seluruh dunia, kami berkedudukan unik untuk mengatasi ribut yang disebabkan oleh pandemik ini dengan portfolio pejabat kami yang terbaik dalam kelas dan kunci kira-kira yang mantap. Walaupun permintaan mungkin amat sederhana sepanjang tahun 2020, kami percaya bahawa dalam persekitaran ini, bekalan Gred-A akan berkurangan dengan banyak dalam jangka masa sederhana, penyatuan dalam pasaran pejabat akan berterusan dan tuan tanah institusi berkualiti tinggi, seperti Embassy REIT, akan memperoleh bahagian pasaran.”

Sorotan Utama Kewangan untuk Suku Keempat dan Tahun Fiskal 

  • Pendapatan daripada Operasi untuk Suku Keempat Tahun Fiskal 2020 meningkat berbanding tahun sebelumnya kira-kira 8% kepada ₹5,434 juta dan meningkat secara kumulatif berbanding tahun sebelumnya kira-kira sebanyak 14% bagi Tahun Fiskal 2020
  • Pendapatan Kendalian Bersih bagi Suku Keempat Tahun Fiskal 2020 meningkat berbanding tahun sebelumnya kira-kira 10% kepada ₹4,618 juta dan meningkat secara kumulatif berbanding tahun sebelumnya kira-kira sebanyak 15% bagi Tahun Fiskal 2020
  • Agihan untuk Suku Keempat Tahun Fiskal 2020 sebanyak ₹5,317 juta atau ₹6.89 setiap unit, mewakili nisbah bayar keluar kira-kira 100% dan agihan kumulatif setahun penuh berjumlah ₹18,821 juta atau ₹24.39 setiap unit yang mewakili nisbah bayar keluar kira-kira 99.8%
  • Kunci kira-kira yang kukuh dengan kecairan yang mencukupi dan leveraj yang rendah dengan Hutang Bersih kepada TEV kira-kira 15% setakat 31 Mac 2020, kemudahan komited tunai dan belum dikeluarkan sedia ada berjumlah ₹13.5 bilion dan hanya kira-kira 1.3% jumlah hutang matang dalam dua tahun akan datang

Sorotan Perniagaan untuk Suku Keempat dan Tahun Fiskal 

  • Mencapai penghunian keseluruhan kira-kira 92.8% pada portfolio pejabat operasi kira-kira 26.2 jkp, dengan penghunian kedai yang sama kira-kira 94.5% dengan mengambil kira Mac 2019 sebagai tahun asas
  • Memajak kawasan baharu kira-kira 389,000 kp semasa suku keempat, dengan pajakan setahun penuh kira-kira 2.4 jkp menjadi penyerapan tertinggi dalam 5 tahun sebelumnya
  • Pajakan semula kira-kira 1.1 jkp semasa tahun berkenaan pada kira-kira 53% spread pemajakan semula, memperbaharui tambahan kira-kira 600,000 kp pada kira-kira 19% spread pembaharuan, menunjukkan pertumbuhan terbenam dalam portfolio kami
  • Menyerahkan kira-kira 1.4 jkp bangunan pejabat baharu dalam kampus sedia ada semasa tahun berkenaan, kira-kira 62% daripada penyempurnaan baharu ini telahpun dipersetujui

Perkembangan Terkini COVID-19   

  • Mengaktifkan rancangan kelangsungan perniagaan kami pada 4 Mac 2020 dan pasukan petugas berpusat kami memberi tumpuan untuk memastikan ruang kerja yang selamat, pemeriksaan kesihatan di-premis dan kelangsunggan perniagaan untuk penghuni
  • Hartanah kami kekal dibuka untuk menyokong fungsi perniagaan teras penghuni kami sepanjang tempoh perintah berkurung negara dalam parameter yang dibentangkan oleh kerajaan
  • Kutipan sewa daripada penghuni pejabat kekal mantap sebanyak kira-kira 92% bagi bulan April 2020
  • Menghentikan semua aktiviti pembinaan dan operasi hotel bagi mematuhi arahan kerajaan semasa perintah berkurung. Kami akan menyambung semula aktiviti ini sebaik sahaja kerajaan melonggarkan sekatan perintah berkurung

Vikaash Khdloya, Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif dan Ketua Pegawai Operasi berkata, “Prestasi operasi suku keempat kami telah berdaya tahan, diterajui oleh sokongan kelangsungan perniagaan untuk penghuni dan sokongan kesihatan pekerja kami. Kami ingin mengucapkan terima kasih kepada semua pekerja kami, pihak berkuasa sivik dan golongan profesional penjagaan kesihatan yang terus bertugas tanpa mengenal penat lelah semasa tempoh yang mencabar ini. Tumpuan serta merta kami adalah tetap untuk memastikan kesihatan dan keselamatan semua pemegang kepentingan kami apabila mereka kembali bertugas di taman-taman kami.”

Bahan Pelabur dan Butiran Panggilan Pelabur Suku Tahunan  

Embassy REIT telah mengeluarkan pakej maklumat tentang keputusan dan prestasi suku keempat dan tahunan, termasuk (i) penyata kewangan mandiri diringkaskan yang diaudit serta disatukan, diringkaskan yang diaudit untuk suku tahun dan tahun kewangan berakhir pada 31 Mac 2020, (ii) penyampaian pendapatan meliputi keputusan Suku Keempat Tahun Fiskal 2020 dan setahun penuh Tahun Fiskal 2020, dan (iii) buku data kendalian dan kewangan tambahan yang selaras dengan amalan pelaporan utama dalam seluruh REIT global. Semua bahan ini disediakan pada bahagian Perhubungan Pelabur di laman sesawang REIT di ir.embassyofficeparks.com  

Embassy REIT mengadakan panggilan persidangan pada 19 Mei 2020 pada jam 18:30 Waktu Standard India bagi membincangkan tentang keputusan Suku Keempat Tahun Fiskal 2020. Ulangan panggilan akan disediakan sehingga 2 Jun 2020 pada bahagian Perhubungan Pelabur di laman sesawang REIT di ir.embassyofficeparks.com 

Penafian

Siaran media ini disediakan untuk tujuan maklumat umum sahaja. Maklumat yang terkandung dalam siaran media ini adalah berdasarkan maklumat dan anggaran pengurusan. Ia mutakhir hanya setakat tarikhnya, belum disahkan secara bebas dan mungkin tertakluk kepada perubahan tanpa notis. Embassy Office Parks Management Services Private Limited (“Pengurus“) dalam kapasitinya sebagai Pengurus Embassy Office Parks REIT (“Embassy REIT“) dan Embassy REIT tidak membuat sebarang perwakilan atau jaminan, tersurat atau tersirat, berhubung dengan, dan tidak menerima apa-apa tanggungjawab atau liabiliti berhubung dengan, keadilan dan kesempurnaan kandungan siaran media ini. Setiap penerima akan bertanggungjawab semata-mata untuk penilaiannya sendiri terhadap pasaran dan kedudukan pasaran Embassy REIT.

Siaran media ini mengandungi kenyataan pandang ke hadapan berdasarkan kepercayaan, pendapat dan andaian yang dipegang pada masa kini oleh Pengurus. Kenyataan pandang ke hadapan melibatkan risiko yang diketahui dan tidak diketahui, ketidaktentuan dan faktor-faktor lain, yang boleh menyebabkan keputusan sebenar, keadaan kewangan, prestasi atau pencapaian Embassy REIT atau keputusan industri, berbeza dengan ketara daripada keputusan, keadaan kewangan, prestasi atau pencapaian yang tersurat atau tersirat oleh kenyataan pandang ke hadapan berkekaan. Dengan adanya risiko, ketidaktentuan dan faktor-faktor lain ini, termasuk kesan COVID-19 terhadap kami, penghuni kami dan ekonomi India serta global, penerima siaran media ini diingatkan agar tidak meletakkan kebergantungan yang tidak wajar terhadap kenyataan pandang ke hadapan ini. Pengurus menolak apa-apa kewajipan untuk mengemas kini kenyataan pandang ke hadapan ini untuk menggambarkan peristiwa atau perkembangan masa depan atau kesan peristiawa yang kini tidak dapat dipastikan, seperti COVID-19. Selain daripada kenyataan yang merupakan kenyataan pandang ke hadapan berdasarkan konteks, perkataan-perkataan ‘boleh’, ‘akan’, ‘harus’, ‘mengharapkan, ‘merancang’, ‘berhasrat’, ‘menjangkakan, ‘percaya’, ‘menganggarkan’, ‘meramal’, ‘berpotensi’ atau ‘terus’ serta ungkapan yang serupa dapat mengenal pasti kenyataan pandang ke hadapan.

Siaran media ini juga mengandungi langkah-langkah kewangan tertentu yang bukan merupakan langkah-langkah yang ditentukan berdasarkan GAAP, Ind-AS atau mana-mana prinsip-prinsip perakauan lain yang diterima di peringkat antarabangsa, dan penerima tidak patut menganggap item-item berkenaan sebagai alternatif kepada keputusan kewangan terdahulu atau penunjuk-penunjuk lain daripada aliran tunai Embassy REIT berdasarkan Ind-AS atau IFRS. Langkah-langkah kewangan bukan-GAAP ini, sebagaimana yang ditakrifkan oleh Pengurus, mungkin tidak dapat dibandingkan dengan langkah-langkah bertajuk serupa sebagaimana yang dikemukakan oleh REIT lain lantaran perbezaan melalui cara langkah-langkah kewangan bukan-GAAP dihitung. Meskipun langkah-langkah kewangan bukan-GAAP digunakan oleh pihak pengurusan untuk menilai kedudukan kewangan, keputusan kewangan dan kecairan Embassy REIT dan jenis-jenis langkah-langkah ini biasa digunakan oleh pelabur, ia mempunyai batasan penting sebagai alat analitik dan anda tidak patut menganggapnya secara berasingan atau sebagai pengganti untuk analisis kedudukan kewangan atau keputusan operasi Embassy REIT sebagaimana yang dilaporkan di bawah Ind-AS.

Pelabur juga perlu mengambil perhatian bahawa Embassy REIT telah disenaraikan pada 1 April 2019 dan aset-aset Embassy REIT diperoleh antara 22 Mac 2019 hingga 25 Mac 2019. Oleh itu, maklumat kewangan suku tahunan dan tahun kewangan komparatif telah disediakan dengan membandingkan penyata kewangan yang belum diaudit digabungkan untuk suku yang berakhir pada 31 Mac 2019 dan penyata kewangan diaudit digabungkan untuk tahun kewangan yang berakhir pada 31 Mac 2019 (dengan mengandaikan bahawa Embassy REIT memegang aset-aset REIT dalam bentuk sedia ada pada 1 April 2018) dibandingkan dengan penyata kewangan disatukan diringkaskan yang diaudit bagi suku tahun dan tahun kewangan yang berakhir pada 31 Mac 2020.

Latar Belakang Embassy REIT 

Embassy Office Parks ialah REIT senaraian yang pertama dan satu-satunya di India. Embassy REIT mencakupi kira-kira 26.2 juta kaki persegi (jkp) hartanah komersial yang telah siap dan sedang beroperasi di seluruh India. Dengan kira-kira 7.1 jkp pembangunan dalam kampus yang sedang dirancang, jumlah portfolio mencakupi kira-kira 33.3 jkp merentas tujuh taman pejabat Gred A dan empat bangunan pejabat pusat bandar dalam pasaran pejabat berprestasi terbaik India di Bengaluru, Mumbai, Pune dan Wilayah Ibu Negara (NCR). Portfolio ini menjadi pusat kepada lebih 160 penghuni korporat cip biru dan merangkumi 78 bangunan dengan kemudahan strategik termasuk dua hotel yang telah siap, dua hotel yang sedang dibangunkan dan sebuah taman solar 100MW(AC) yang membekalkan tenaga boleh diperbaharui kepada penghuni taman.

Untuk maklumat lanjut sila hubungi:

Ritwik Bhattacharjee
Ketua Perhubungan Pelabur
Emel: ir@embassyofficeparks.com 
Telefon: +91-80-3322-2222

Logo: https://rumahmu.com.my/wp-content/uploads/2020/05/embassy-office-parks-reit-umum-keputusan-untuk-suku-keempat-dan-tahun-fiskal-fy2019-20.jpg