Hartanah tidak terjual di Malaysia dan faktornya

Kelihatan dari bulan January, sejumlah 50,008 rumah, termasuk pangsapuri khidmat dan SOHO (pejabat kecil unit rumah) bernilai dalam RM34 bilion, masih kekal tidak terjual. Kebanyakan ini adalah di dalam kategori pertengahan, antara RM200,000 dan RM600, 000

Melalui Akhbar The Star pada 29 April,2020, kini hartanah siap dibina dan tidak terjual telahpun mencecah RM 41.5 bil.

Melalui penyelidikan kami, pasaran hartanah terus pulih dengan peningkatan 6.4% pada 2019 dalam bilangan rumah yang dijual dari tahun sebelumnya. Tetapi, dengan kegawatan ekonomi dan khabar yang kita mungkin akan melangkah kepada kemelesetan ekonomi, adakah pasaran hartanah akan terus meningkat atau mula merosot.

Tiga faktor yang memainkan peranan yang menyumbang kepada hartanah yang tidak terjual ialah kos, gaji dan lokasi.

Statistik yang kami berikan dalam artikel lepas masih tidak berubah di mana ia menunjukkan yang harga rumah yang mampu dimiliki maksimum di seluruh negara ialah RM282, 000 berdasarkan pendapatan median isi rumah. Walaubagaimanapun, harga purata hartanah yang baru yang dilancarkan adalah RM417, 262.

Lokasi sesuai tetapi harga tinggi? Terdapat juga hartanah yang tidak terjual, berpunca daripada faktor seperti lokasi yang tidak diingini, jenis harta dan permintaan yang tidak mencukupi. Kadang-kala, isu  utama adalah rumah yang terletak terlalu jauh dari mana individu bekerja. Mereka mungkin mahu hartanah tetapi unit yang tersedia mungkin hanya pangsapuri bertingkat rendah dan tidak memenuhi cita rasa mereka.

Terakhir ialah kos yang mungkin ramai tidak jangka contohnya: guaman, cukai, kerja-kerja pengubahsuaian dan banyak lagi. Kos ini boleh dianggarkan dari RM10,000 ke RM100,000 ke atas bergantung kepada jenis harta tanah.

Mengakhiri kata, pasaran hartanah Malaysia dijangka akan kekal bertahan teguh walaupun kegawatan ekonomi tahun ini disebabkan oleh COVID-19, dengan perumahan yang mampu dimiliki dan mencari penyelesaian yang tepat kepada harta tanah yang tidak terjual terus menjadi agenda utama Kerajaan.

Sumber:
Property market recovering but RM34 bil worth of homes left unsold