Pemaju runcit utama Thailand, Central Pattana dorong rancangan strategiknya ‘Bersama-sama Satukan Semula Thailand’ untuk majukan negara ke hadapan dengan merintis langkah untuk pastikan pembeli belah selamat daripada COVID

BANGKOK, 22 Mei 2020 /PRNewswire/ — Central Pattana (CPN), peneraju bagi pusat membeli belah dan pembangunan hartanah Thailand dengan 33 pusat membeli belah di seluruh negara di bawah jenama-jenama centralwOrld, CentralPlaza, CentralFestival, Central Phuket dan Central Village, outlet mewah pertama Thailand, mempelopori langkah-langkah proaktif yang dikenali sebagai ‘Kebersihan dan Keselamatan Central’ (‘Central’s Hygiene and Safety’) untuk memastikan pembeli belah selamat daripada COVID-19, sekaligus berazam untuk mendorong ekonomi Thailand ke hadapan setelah pihak kerajaan melonggarkan beberapa perintah berkurung. Semasa minggu pertama pembukaannya, langkah-langkah seperti penyaringan, jarak sosial, aplikasi pengesanan kontak, pencucian tangan dan pengalaman tanpa sentuh diaplikasikan di pusat membeli belah untuk memastikan pembeli belah selamat dan meneruskan kehidupan normal mereka. Pengguna menyedari sepenuhnya akan disiplin sosial ‘NOW Normal’ ini.

"Top Thai malls launch Reunite Thailand Together urging people to keep distancing"
“Top Thai malls launch Reunite Thailand Together urging people to keep distancing”
"Top Thai malls, CENTRAL, reopen under social distancing and safeguards"
“Top Thai malls, CENTRAL, reopen under social distancing and safeguards”

Setelah pelonggaran perintah berkurung dilaksanakan di Thailand, syarikat telah berusaha untuk menyokong seluruh negara dalam menempuhi waktu yang mencabar ini memandangkan ia sentiasa mengambil bahagian dalam mencipta peluang pekerjaan, membina komuniti dan membantu meningkatkan pertumbuhan ekonomi. Bagi mengurangkan kesan terhadap seluruh sistem jualan runcit, CPN membangunkan satu rancangan pemulihan nasional — ‘Reunite Thailand Together’ (‘Bersama-sama Satukan Semula Thailand’) yang meliputi tiga strategi utama; (1) Kembalikan Keyakinan dengan menggalakkan standard kebersihan dan keselamatan serta disiplin sosial. Kami telah bekerjasama dengan rakan-rakan niaga utama kami untuk membangunkan inovasi baharu bagi memastikan keselamatan pembeli belah seperti robot pengukuran suhu badan daripada ‘AIS’, robot UV-C di ‘Central Food Hall and Tops’, alat UV-C untuk membasmi kuman pada pakaian yang dicuba di ‘Uniqlo’; (2) Buka Semula Perniagaan dengan terus melabur sekitar 15-20 bilion baht setiap tahun untuk perkembangan utama yang baharu, selain membantu menyokong pemulihan penjualan penyewa kami dan menawarkan diskaun sewaan. Di samping itu, CPN merancang untuk mengukuhkan Omnisalurannya untuk bersama-sama berkembang secara mampan; (3) Bina Semula Ekonomi Thailand dengan mencipta peluang pekerjaan dan pendapatan untuk pekerja CPN dan kedai serta menggalakkan projek-projek ‘Thais for Thais’ (‘Warga Thai untuk Warga Thai’) bagi memulihkan ekonomi dengan menawarkan ruang komersial percuma seluas lebih 40,000 meter persegi kepada petani dan PKS seluruh negara.

Sepanjang 40 tahun sebagai pemaju jualan runcit dan hartanah yang terkemuka di Thailand, Central Pattana telah melihat nilai positif, kedinamikan dan penciptaan bersama bagi membayangkan masa depan yang lebih baik buat pelanggan, rakan kongsi, pekerja, komuniti dan persekitaran. Sejak wabak ini bermula, ia proaktif melaksanakan amalan jarak sosial, yang telah dibincangkan secara positif dan diviralkan melalui media sosial serta laporan daripada banyak agensi berita global.

Foto – https://photos.prnasia.com/prnh/20200521/2810428-1-a?lang=0
Foto – https://photos.prnasia.com/prnh/20200521/2810428-1-b?lang=0

Keywords: Banking/Financial Service Health Care/Hospital Overseas Real Estate (non-US) Real Estate Retail