Property Queen Ekspo 2021 di KL East Mall

Ekspo Hartanah yg ditunggu-tunggu telah pun tiba! Pada 26th – 28th Mac, ekspo hartanah akan berada di KL East Mall yang dianjurkan oleh Property Queen.

Wabak Covid-19 masih lagi ada disekeliling kita namun itu bukan penghalang untuk pengunjung memiliki rumah idaman mereka.

KL East Mall yang terletak di Ampang telah mula beroperasi pada akhir tahun 2020 berdekatan Zoo Negara dan Pusat Bandaraya Kuala Lumpur. Pusat membeli-belah ini mempunyai tarikan tersendiri seperti “Ice Skating Rink” dan banyak lagi.

Bagi mereka yang berkeluarga dan mempunyai anak tidak perlu risau untuk mengunjungi ekspo hartanah ini kerana terdapat pelbagai aktiviti untuk anak-anak anda seperti seni pasir dan gula kapas. Setiap keluarga juga akan diberikan saguhati majalah Property Queen edisi ke-6.

Anda akan temui rumah idaman anda di sini kerana terdapat banyak pemaju terkenal yang akan mempamerkan projek-projek mereka. Anda digalakkan untuk terus menonton PQTV Live yang akan bersiaran di Facebook Property Queen untuk mengetahui lebih banyak mengenai projek mereka.

Jumpa anda di sana!