HOC 2019 vs HOC 2020

HOC 2019 vs HOC 2020

Terkini, kempen perumahan 2020 (HOC) telah diperkenalkan oleh kerajaan dan kami telah pun bincang pada artikel yang lepas. Tetapi, apakah perbezaan anatara HOC 2020 dengan HOC 2019.

Pada akhir tahun lepas, HOC pertama kali diumumkan oleh Menteri Kewangan YB Lim Guan Eng sewaktu pembentangan Bajet 2019.

Menurut Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) YB Zuraida Kamaruddin, fokus utama HOC adalah untuk membantu bakal pemilik rumah menceburi pasaran hartanah. Ibarat sambil menyelam minum air, inisiatif ini sekali gus dapat mengurangkan jumlah hartanah yang tidak terjual di dalam pasaran.

HOC 2019 telah pun diteruskan dan dibawa kepada 2020 baru-baru ini kerana bilangan rumah yang tidak terjual di Malaysia masih lagi tinggi. Antara syarat yang diberikan ialah sama dimana:

  • Ia terbuka kepada semua warganegara Malaysia
  • Hanya hartanah kediaman dalam pasaran utama atau”primary property” layak untuk pengecualian dan insentif di bawah program ini. Ini bermakna penjualan sesuatu hartanah itu mestilah di antara pemaju dan pembeli.
  • Rumah dalam pasaran sekunder atau pasaran hartanah sub-sale, seperti yang dibeli daripada rakan, ahli keluarga atau sesiapa orang lain yang sebelum ini membeli rumah daripada pihak pemaju tidak layak untuk kempen HOC ini.
  • Hartanah yang dijual di Semenanjung Malaysia mestilah berdaftar dengan REHDA Malaysia. Hartanah di Sabah dan Sarawak mesti berdaftar dengan Persatuan Pemaju Perumahan dan Hartanah Sabah (SHAREDA) dan Persatuan Pemaju Perumahan dan Hartanah Sarawak (SHEDA).
  • Kediaman servis hanyalah untuk kegunaan kediaman sahaja dan tidak boleh diubahpakai untuk aktiviti komersil.

Perbezaan antara HOC 2020 Vs 2019

Pengecualian Duti Setem

Pada HOC 2019 Pengecualian duti setem  memorandum tukar hak milik (MOT) untuk rumah yang berharga antara RM 300,001 hingga RM1 juta

HOC 2020 Pengecualian duti setem akan diberikan ke atas surat cara pindah milik dan perjanjian pinjaman bagi pembelian rumah kediaman yang bernilai antara RM300,000 hingga RM2.5 juta mengikut tema dan syarat oleh Kerajaan.

  • Diskaun Tambahan 10 %

Kedua-dua HOC ini mendapat diskaun tambahan 10% untuk projek kediaman mereka bagi mendaftarkan projek perumahan mereka di bawah HOC.

  • Pinjaman untuk Rumah

Hanya untuk kempen perumahan 2020 layak mendapat pinjaman rumah sehingga 70% bagi projek yang bernilai RM600,000 ke atas.

  • Pengecualian RGPT

 Pengecualian Cukai Keuntungan Harta Tanah diberikan kepada individu warganegara Malaysia ke atas pelupusan rumah kediaman yang dibuat mulai 1 Jun 2020 sehingga 31 Disember 2021 tetapi tidak diberi dalam kempen perumahan 2019.

Kempen perumahan tahun ini di lebihkan kepada projek baru dan bukanlah perumahan “Sub-sale” atau sekunder. Kami berasa yang kempen perumahan tahun ini akan berjalan lebih lancar dan meransangkan semula ekonomi untuk perumahan.

Leave a Reply

Your email address will not be published.