Lebih skim sewa-untuk-dimiliki (RTO) bagi Pulau Pinang

Lebih skim sewa-untuk-dimiliki (RTO) bagi Pulau Pinang

Kerajaan Pulau Pinang akan menumpukan perhatian kepada skim sewa-untuk-dimiliki (RTO) untuk membantu lebih banyak orang di negeri ini memiliki sebuah rumah. 

Pengerusi Jawatan kuasa Perumahan, Kerajaan Tempatan, Bandar, dan Desa Negeri Jagdeep Singh Deo mengatakan bahawa beliau mensasarkan untuk membina 180,000 unit rumah mampu milik menjelang 2030 dan 10 peratus dari jumlah keseluruhan akan dimasukkan ke bawah skema RTO. 

Untuk masa ini, hanya 2,474 unit tersenarai dan beliau mengalu-alukan pemaju lain untuk menyertai mereka terutama syarikat berkaitan kerajaan (GLC) untuk menawarkan skim RTO dalam projek perumahan mereka.

Selain itu, setakat ini 105, 719 unit rumah mampu milik sedang dipantau, di mana 30.191 unit telah siap, 24.096 unit sedang dalam pembinaan sementara 51.432 unit sedang dalam proses perancangan. 

Pembinaan yang diteruskan kini harus lagi mengikut SOP dan statistik yang dijalan oleh pemeriksa menunjukkan bahawa kerjasama dengan semua pemaju amat memuaskan

Leave a Reply

Your email address will not be published.