Rent-To-Own RTO menolong rakyat!

Rent-To-Own RTO menolong rakyat!

Menurut budget 2020, kerajaan akan bekerjasama dengan institusi kewangan untuk memperkenalkan skim pembiayaan “Rent To Own” (RTO) untuk membantu individu yang ingin membeli rumah pertama mereka yang tidak mampu membayar deposit 10% awal dan akses pembiayaan untuk membeli rumah. 

Ketika itu, Menteri Kewangan Lim Guan Eng, mengatakan skema RTO berlaku untuk pembelian rumah pertama, dengan nilai hartanah hingga RM500,000.

Seperti yang dibincangkan, ia tidak memerlukan pembayaran deposit 10% yang merunsingkan. Skim ini berfungsi melalui perjanjian sewa yang memberi anda pilihan untuk mengakhiri membeli rumah tersebut. 

Ini merupakan kontrak antara pemaju dan bakal pembeli memberi pembeli masa sebelum pembelian dijalankan. 

RTO mempunyai pelbagai contrak contoh,lima tahun, sepuluh tahun dan juga dua-puluh tahun. Pada akhir kontrak ini, anda boleh membuat pilihan untuk membeli harta tanah ataupun sebaliknya.

Ini merupakan salah satu alternatif untuk individu yang ingin memiliki rumah tanpa perlu menjimatkan puluhan ribu ringgit untuk mendapatkannya, tidak mempunyai skor kredit yang baik dan belum mempunyai kemampuan memperoleh pinjaman perumahan.

Kelebihan 

Tidak membebankan

RTO dapat membantu keluarga berpendapatan rendah memasuki pasaran harta tanah, walaupun mereka tidak mempunyai wang pendahuluan untuk membeli rumah, atau jika mereka tidak layak mendapat pinjaman perumahan di banyak bank. Penyewa tidak perlu membayar pendahuluan 10% yang besar untuk menjamin unit ini. 

Merasai suasana kediaman sebelum membeli

 Sebelum anda membeli, RTO memberi anda peluang untuk mengenali suasana kediaman dan melihat sekitarnya termasuk kawasan kejiranan. Anda berpeluang mengetahui masalah dengan kediaman anda sebelum memilikinya.

Selain itu, jika ada yang tidak kena dengan rumah anda, anda boleh menghubungi pemiliknya untuk memperbaikinya kerana ia masih tanggungjawab pemilik rumah. 

Harga Kekal di Pasaran

RTO membolehkan anda mengunci harga pembelian hartanah berdasarkan nilai semasa. Oleh itu, apabila anda membuat keputusan untuk membuat pembelian, harga jualan tidak akan berubah, walaupun nilai pasaran hartanah lebih tinggi selama ini. 

Kos yang Lebih Murah 

Bayaran guaman dan duti setem untuk penyewaan biasanya lebih murah berbanding dengan perjanjian pinjaman dan perjanjian jual beli. 

Kekurangan 

Pembayaran Tertunggak Menjadi Risiko

RTO atau penyewaan adalah kontrak yang boleh anda gunakan untuk membeli rumah pada masa akan datang dengan syarat yang anda setuju hari ini. 

Sekiranya anda tidak mematuhi, atau “melanggar” syarat perjanjian, penjual boleh

batalkan keseluruhan perjanjian dan tiada pulangan wang.

 Kontrak ini boleh menyebabkan anda hilang kediaman dan berhutang. 

Harga Kekal di pasaran

 Harga yang kekal di pasaran bukan selalunya baik, sekiranya penyewa menandatangani perjanjian semasa puncak nilai rumah, kos rumah mungkin berakhir lebih tinggi daripada nilainya pada saat pembelian jika nilai rumah meningkat. Kerana anda akan terkunci pada harga berdasarkan nilai pasaran semasa, jika harga harta tanah turun tanpa diduga, anda masih perlu membeli pada harga yang pada awalnya telah dipersetujui. 

Bukan Pemilik Sebenar

Selagi kontrak anda belum tamat, anda bukan pemilik kediaman itu sehingga penjualan sepenuhya dijalankan. 

Jika jangka masa pajakan anda adalah 10 tahun, misalnya, anda tidak boleh mengubahsuai atau membuat perubahan tanpa persetujuan pemilik.

RTO ialah antara intiatif yang dijalankan buat masa ini untuk menolong rakyat memiliki rumah dan tidak perlu runsing untuk menyewa luar sementara mereka menstabilkan kewangan sendiri. 

Apakah pandangan anda tentang RTO? Sila berikan cadangan dan pengalaman di ruang  komen.

Leave a Reply

Your email address will not be published.