Apakah Loan-To-Value (LTV)

Apakah Loan-To-Value (LTV)

Apabila memohon pinjaman rumah di Malaysia, pertimbangan yang utama adalah nisbah Loan-to-Value (LTV), juga dikenali sebagai margin pembiayaan. Ia adalah perkara biasa untuk pembelian hartanah ditinggalkan disebabkan nisbah LTV yang tidak menguntungkan.

Oleh itu, apakah yang memberi kesan pada nisbah LTV atas pinjaman rumah anda?

Pinjaman Hartanah Kediaman

Di Malaysia, ia adalah perkara biasa untuk mengharapkan 90% nisbah LTV untuk pinjaman perumahan

Jika seseorang mempunyai 2 atau lebih pinjaman rumah yang sedia ada, nisbah LTV dihadkan pada 70% bagi pinjaman perumahan yang akan datang.

Selain itu, terdapat Skim Rumah Pertamaku (My First Home Scheme) untuk membantu pembeli rumah kali pertama yang layak untuk skim ini untuk mendapatkan LTV sehingga 100%.

Selain daripada peraturan-peraturan Bank Negara, ia adalah perkara biasa bagi bank-bank untuk mengehadkan nisbah LTV untuk jenis-jenis permohanan pinjaman rumah berikut berdasarkan polisi kredit dalaman mereka:

  • Pembelian untuk pelaburan
  • Lebih daripada 1 pinjaman perumahan yang sedia ada
  • Tanah untuk rumah yang dibina khas
  • Projek pemaju yang telah dikenali memberi diskaun kepada pelanggan.

Sementara itu, bagi Pinjaman Hartanah Komersil bank negara tidak mengenakan had LTV atas pinjaman hartanah komersil. Walau bagaimanapun, ia adalah lebih biasa untuk mendapatkan hanya 85% margin pembiayaan disebabkan bank-bank adalah lebih berhati-hati dalam pembiayaan hartanah komersil. Tetapi, margin pembiayaan sebanyak 90% masih mungkin.

Perlu diberi perhatian bahawa bank-bank cenderung untuk menjadi lebih cerewet dengan jenis hartanah komersil yang dibiayai, dan boleh mengurangkan margin berdasarkan penggunaannya.

Selain daripada pembiayaa atas hartanah itu, ia adalah perkara biasa untuk bank untuk membenarkan tambahan margin pembiayaan sehingga 5% ke atas pinjaman untuk membiayaai dokumentasi pinjaman peminjam dan kos penilaian.

Leave a Reply

Your email address will not be published.