RumahWip

RumahWip

RUMAWIP merupakan rumah mampu milik untuk golongan berpendapatan sederhana dan rendah yang menetap dan bekerja di Wilayah Persekutuan tidak asing lagi bagi warga Kuala Lumpur. 

Syarat untuk mendapat Kelayakan RUMAWIP ini ialah warganegara Malaysia dan berumur sekurang-kurangnya 18 tahun. TETAPI akan ada keutamaan yang diberi kepada warganegara yang:

  • Dilahirkan
  • Bekerja atau menetap dekat mana-mana kawasan Wilayah Persekutuan ketika memohon.
  • Tidak memiliki rumah dekat Wilayah Persekutuan

    Disebabkan RUMAWIP merupakan rumah mampu milik, syarat kelayakan pendapatan untuk projek ini ialah pendapatan kasar tidak melebihi RM10,000 ataupun tidak melebihi RM15,000 bagi yang sudah berkahwin.

Pemohon yang telah berjaya mendapatkan unit RUMAWIP melalui sesi undian yang dijalankan perlu mengemukakan wang deposit sebanyak 10% daripada harga unit yang ditawarkan kepada pemaju untuk urusan jual beli selanjutnya.

Terdapat 3 kategori yang ditawarkan, iaitu studio/1bilik (Rumah Harga Rendah) dalam 700 kaki persegi, 2 bilik (Rumah Harga Sederhana Rendah) dalam 650 ke 800 kaki persegi, dan 3 bilik dalam bentuk rumah berstrata (Rumah Harga Sederhana) 650 ke 800 kaki persegi.


Unit yang telah dibeli haruslah hanya untuk kegunaan sendiri untuk didiami dan bukan untuk disewakan, TETAPI baru-baru ini kelonggaran telah diberikan di mana kediaman RUMAWIP hanya boleh disewakan kepada warganegara sahaja.
RUMAWIP dilancarkan untuk menolong rakyat di Kuala Lumpur memiliki rumah sendiri, berbanding rumah-rumah lain adalah RUMAWIP dijual di bawah harga pasaran.


Selain daripada itu, Unit-unit RUMAWIP ini dibina dengan susun atur yang sangat strategik, mengambil kira keselesaan hidup untuk pembeli berpendapatan rendah.
RUMAWIP mensyaratkan sekatan penjualan dalam tempoh 10 tahun.

RUMAWIP hanya terdapat satu kelemahan dimana ia tidak boleh dipindah milik atau jual kepada pemilik baru tanpa kebenaran Kerajaan, melainkan jual dekat ahli keluarga terdekat atau waris seperti pasangan atau anak-anak sendiri.

Sumber:
LoanStreet
8 May 2019

Leave a Reply

Your email address will not be published.