Perbezaan antara Flat , Pangsapuri dan Kondominium .

Perbezaan antara Flat , Pangsapuri dan Kondominium .

Di Malaysia, hingga ke harini ramai yang beranggapan yang flat, apartment mahupun kondominium ini tiada beza pun. Perbezaannya cuma mahal atau pun murah atau kata orang. “ Ada Class, Tak ada Class”

Sebenarnya, 3 jenis bagunan tinggi ada bezanya yang ramai tidak ambil berat ketika membeli. Ada yang fikir, masa muda beli flat, nanti dah kaya beli kondo lepas itu sewakan flat itu buat “side income”

Hari ini, kami dari pihak #RumahMu mahu terangkan apa perbezaan tiga jenis bangunan ini.

Yang Pertama – Flat

Ciri-Ciri
– Mempunyai 2 – 3
– bilik air 1, (kadang2 ada satu lagi bilik air yang tidak mempunyai toilet sesuai untuk mandi saja.)
– Tiada lift, guna tangga dan ada koridor panjang di hadapan.
– Tiada parking berbumbung kalau ada jenis berbayar ke pihak pengurusan ataupun bumbung “DIY”.
– Tiada guardhouse
-Kos penyelenggaraan murah
– Kalau ada lift, biasanya kena tunggu lama.
– Anggaran saiz: 550 kps – 900 kps

Kediaman jenis ni adalah jenis yang paling murah dalam spektrum harga rumah Malaysia dan adalah antara pilihan terbaik untuk pembeli yang ingin beli rumah dengan bajet yang rendah. 

Bagi pengetahuan anda, rumah flat ni sangat popular dalam kalangan golongan pekerja. 

Tetapi, kebanyakan rumah flat selalunya tak sediakan sebarang kemudahan kecuali tempat letak kereta, itu pun terhad. Rumah flat juga mudah untuk diakses bagi semua pelawat sebab pemaju tiada sediakan perkhidmatan kawalan keselamatan 24 jam. Kebanyakan flat juga tidak disediakan lift sebab kebiasaannya rumah flat cuma ada 5 tingkat. Ini dikecualikan kepada flat milik kerajaan, kerana pembangunan rumah flat berkos rendah milik kerajaan boleh mencecah 20 tingkat dan dilengkapi juga dengan kemudahan mini mart dan kedai runcit dalam kawasan perumahan bagi menyenangkan penduduk.  

Di Malaysia, rumah flat dapat reputasi buruk dan persepsi negatif sebab tak diselenggara dengan baik. 

Yang Kedua 
Apartment
Ciri-Ciri:
– Anggaran saiz: 550 kps – 1,200 kps

– Biasanya 3 bilik. (kadang2 dua bilik)
– Wajib ada 2 bilik air “bertoilet”.
– tiada koridor panjang di depan kongsi ramai2.
– Minima 1 slot khas parking.
– Terdapat “guardhouse” tetapi macam tidak ada. Keselamatan tidak dijaga dengan betul.
– Kos penyelenggaraan sekitar RM80-RM150 sebulan
– kalau ada lift, jem sikit waktu “Rush Hour” waktu-waktu orang mahu pergi ataupun pulang dari kerja.

Apartment sebenarnya lebih kurang macam kondo tapi lagi murah, sesuai untuk pembeli yang mencari kediaman mampu milik. Bezanya antara kondo dengan apartment ialah ia terletak berdekatan dengan kemudahan dan fasiliti yang ditawarkan. Selalunya, apartment cuma sediakan kemudahan asas untuk pemilik unit macam lif, ruang letak kereta (terbuka/berbumbung/bertingkat), kawalan keselamatan 24 jam dan kawasan riadah. 

Mungkin apartment tak nampak gah macam kondo tapi kediaman jenis ni lah paling sesuai untuk individu yang ingin beli rumah pertama sebab harganya masih mampu dimiliki. Terdapat banyak apartment yang sudah berusia namun masih terjaga dengan baik di kawasan kejiranan strategik yang terletak di negeri-negeri seperti Selangor dan Pulau Pinang.

Selain apartment lama, individu yang duduk dekat kawasan Selangor juga boleh cuba lihat apartment di bawah projek Residensi Wilayah (RUMAWIP). Program perumahan ni menawarkan rumah mampu milik yang lagi selesa kepada golongan berpendapatan sederhana. 


Condominium
=========
-Anggaran saiz: 650 kps – 1,500 kps


– Biasanya minima 3 bilik. Kalau 2 bilik maknanya ruang tamu yang luas.
– Wajib minima 2 bilik air bertoilet
– Minima 1 slot parking. Biasanya berbumbung konkrit. Selalunya ada juga 1 lagi extra parking reserved.
– Ada “guardhouse dan security” yang tegas . Kereta yang keluar dan masuk harus guna kad access & pintu palang automatik. Security kenal setiap penghuni. Kalau orang luar tidak dikenali cuba masuk akan disekat dan kena bagi IC.
– Kos penyelenggaraan agak tinggi.
– Lift di jaga dengan bersih dan tidak berbau atau ada conteng-conteng, laju dan jarang rosak.
– Terdapat banyak kemudahan seperti kolam renang, gym, bilik bacaan, dan sebagainya.

Kondo sebenarnya merupakan unit kediaman individu berstrata. Setiap unit kondo ni sekurang-kurangnya ada 2 bilik tidur dan 1 bilik mandi. Disebabkan kondo adalah hartanah jenis strata, cuma unit pemilik itu, hakmilik penuh pemilik manakala fasiliti dan lain-lain macam kolam renang dan gimnasium adalah kemudahan yang dikongsi bersama pemilik unit yang lain dan dimiliki oleh pihak pemaju kondo tersebut. 

Lagi mahal dan mewah kondo yang dibeli, lagi banyaklah ruang rumah yang pembeli dapat macam lagi besar ruang rumah (bilik) yang pembeli dapat, mahupun fasiliti yang gempak macam spa, sauna dan kolam infiniti. Kebiasaannya, kondo ni lagi kecil dari kediaman landed, tapi ada sesetengah kondo mewah mampu menyaingi saiz kediaman landed. 

Selain itu, pemilik juga akan diberikan sekurang-kurangnya satu tempat letak kereta selain kawalan keselamatan 24 jam. Segala kemudahan yang diberikan ini bukannya percuma, pemilik harus bayar yuran perkhidmatan setiap bulan untuk selenggara kemudahan ni.

Kesimpulannya, kami dari pihak #RumahMu telah pun menjelaskan flat, apartment dan juga kondo. Pembelian unit tersebut terpulang di atas tangan anda. Berikan cadangan anda tentang tiga bangunan yang berbeza ini ruang komen!

https://ms.betweenmates.com/difference-between-condo-and-apartment-2862
http://kaki2017.blogspot.com/2017/05/kenali-jenis-hartanah.html
http://urusrumahjohor.blogspot.com/2017/03/perbezaan-antara-kondominium-dan.html

Leave a Reply

Your email address will not be published.