Pulau Pinang dan Kemewahannya

Pulau Pinang dan Kemewahannya

Pulau Pinang merupakan negeri yang bukan sahaja kaya dengan keunikkan semulajadi bahkan turut
mewah dalam kepelbagaian makanan, sektor pelancongan yang rancak serta aktiviti jual beli yang berbagai seterusnya menyumbang kepada kepesatan ekonomi negeri tersebut. Melalui aktiviti yang kami senaraikan diatas, maka tidak hairanlah baru-baru ini Pulau Pinang telah berjaya mendapat
Climathon Global Awards 2020’ bagi kategori bandar raya, di Paris. Hasil daripada pengiktirafan itulah ramai pelancong daripada dalam mahupun luar negara sentiasa berkunjung ke negeri tersebut dan hal ini seterusnya menyebabkan para pemaju cuba mengorak langkah dalam mengembangkan negeri yang diberi gelaran “Pulau Mutiara”.
Kini, project perumahan dan juga peridustrian perhotelan juga akan menjadi lebih berharga dan
menguntungkan terima kasih kepada 2 project yang akan dilancarkan khas untuk Pulau Pinang.
Pertama sekali, ialah project LRT. Tahun lalu, Pulau Pinang juga menulis surat kepada Kerajaan
Persekutuan untuk meminta dana RM10 bilion untuk LRT dan Pan Island Link (PIL 1), yang merupakan komponen PTMP. 
Masa itu, bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad kemudian mencadangkan kepada
kerajaan negeri untuk menerbitkan bon untuk membiayai projek LRT Bayan Lepas. Laluan LRT bernilai RM9 bilion yang akan bermula dari Komtar dan melalui Jelutong, Gelugor, Bayan Lepas dan Lapangan Terbang Antarabangsa Pulau Pinang sebelum berakhir di Tambak Pulau Pinang Selatan (PSR) berhampiran Teluk Kumbar.
PSR adalah projek yang dicadangkan untuk merebut kembali 1.821 hektar laut untuk mewujudkan tiga pulau di selatan lapangan terbang ke arah timur sekitar Permatang Damar Laut.
Selain daripada projek LRT yang akan memudahkan laluan para pelancong dan juga penduduk di situ, terdapat lagi satu projek yang juga akan memudahkan perjalan pelancong dalaman di Malaysia untuk sentiasa mahu berlancong ke penang atau pun membuat Pulau Pinang sebagai destinasi percutian pertama. Projek ini ialah Lebuhraya Pantai Barat (WEC) mula dibina pada tahun 2014, beberapa
kelewatan telah menangguhkan jangka masa penyelesaiannya dari 2019 hingga 2022.
Walaupun mengambil masa untuk keseluruhan projek sepanjang 233km selesai, beberapa bahagian Lebuhraya sudah tersedia untuk digunakan ! 
Jadi apabila lebuh raya yang baru dibina siap, perjalanan seperti ini akan menjadi lebih pendek dan senang!
Lebuhraya itu dikatakan menghubungkan dari Banting, Selangor ke Taiping, Perak, tanpa perlu melalui Ipoh yang menjimatkan sedikit masa di jalan. Namun, ini mungkin berbeza dari tempat anda memilih perjalanan kerana sebilangan netizen menunjukkan bahawa waktu perjalanan berbeza bagi mereka yang memandu dari Lembah Klang.
Lebuhraya Pantai Barat juga menyediakan alternatif yang indah untuk laluan yang biasanya sesak yang banyak kita gunakan untuk sampai ke Pulau Pinang.
Setelah projek ini selesai, projek ini diharapkan dapat menghubungkan sebahagian besar Lebuhraya utama (Utara- Lebuhraya Selatan, Lebuhraya Lembah Klang Selatan, Lebuhraya Lembah Klang Utara dan Lebuhraya Shah Alam) untuk memudahkan semua pemandu yang merancang perjalanan berulang-alik ke utara.
Dengan ada-nya dua projek yang akan datang ini, harga rumah di Pulau Pinang akan terus mendaki
dengan tinggi dan industri perhotelan juga akan mendapat impak yang banyak .

Leave a Reply

Your email address will not be published.