Peroleh pengalaman Virtual 360 di Ekspo Property Queen , Aeon Mall Alma

Dalam keadaan situasi yang tak menentu sepanjang tahun 2020 , Property Queen juga turut terkesan dan tidak boleh membuat ekspo . Mujur situasi ini tidak terlalu lama , kerana mereka bakal menganjurkan Ekspo Property Queen di Aeon Mall Alma , Bukit Mertajam .

Ia bakal dianjurkan pada 3 hingga 8 November 2020 , bermula dari pukul 10am bertempat di bahagian ‘Center Court’ dalam bangunan Aeon Mall Alma . Ekspo ini turut disertai oleh pelbagai pemaju yang terkenal di wilayah utara yang akan mempamerkan projek baharu mereka untuk buat pengunjung !

Buat pertama kalinya , Pameran Virtual 360 akan diadakan disini mempamerkan bilik pameran projek yang akan dipersembahkan di dalam ekspo ini di setiap pemaju yang mengambil bahagian . Pengunjung kini boleh melihat sendiri bilik pameran projek melalui teknologi VR ( Virtual Realiti ) di dalam ekspo tersebut . Usah risau , segala peralatan yang terlibat akan dinyahkuman secara kerap demi keselamatan para pengunjung .

Jangan lupa untuk patuhi SOP kesihatan yang disyorkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia sepanjang ekspo berlangsung . Jumpa anda disana !

Leave a Reply

Your email address will not be published.