Rekabentuk almari pakaian anda sendiri dengan bantuan bahan binaan atau membeli komponen satu persatu dan satukannya mengikut citarasa anda sendiri .
1 : Ukuran
Anda perlu mengukur mengikut ketinggian dan kelebaran dinding di rumah anda . Pembina anda boleh mengukurnya dengan lebih tepat . Akan tetapi jika anda membeli kepingan modular dan menyusunnya , anda perlu memberikan ruang sedikit sehingga anda dapat mengaturnya .Bincangkan perkara ini dengan kontraktor anda . Mungkin agak sukar untuk menentukan kedalaman yang anda mahukan . Lebih dalam lebih baik , kerana ia akan memberi banyak ruang penyimpanan .
Tips : Sekiranya anda membeli pakaian yang bersaiz besar , maka anda lebih memerlukan banyak ruang ukuran yang lebih besar .
2 : Penyediaan pakaian
Bahagikan pakaian anda kepada beberapa bahagian yang harus digantung di ruang pendek ( baju ) , ruang panjang ( jaket , dan apa yang ada di dalam laci ( seluar dan stoking ) . Tudung atau selendang yang diletakkan di dalam laci akan menampakkan ruang yang lebih luas daripada dipamerkan .
Tips : Dengan cara ini , anda akan dapat mencari barang anda di tempat masing-masing dengan lebih mudah dan teratur kerana mempunyai ruangan sendiri .
3 : Keperluan untuk ruang simpanan
Anda perlu meletakkan rak , batang , bakul , dan laci serta cangkuk di dalam pelan rekabentuk anda . Ini bagi memastikan anda mempunyai ruang simpanan yang mencukupi untuk barang yang anda tidak perlukan sepanjang masa .
Tips : Terdapat banyak aplikasi talian yang akan membantu anda menentukannya . Apa yang perlu anda lakukan adalah pemasangan ruang yang ada dan catat jumlah barang yang anda miliki , misalnya 10 pasang kasut , 12 baju , 8 gaun dan sebagainya . Google sahaja “ Aplikasi rekabentuk almari “ untuk dapatkan pautan yang terbaik .
4 : Penyangkut
Apa yang perlu anda fikir untuk keperluan penyangkut baju adalah bahan, warna dan jenis yang ada perlukan . Agar semuanya kelihatan kemas dan teratur .
Nikmati sendiri prosesnya dan anda akan merasakan kepuasan apabila sudah berjaya membuat almari pakaian anda sendiri !
Leave a Reply