Fasiliti , perlu atau tidak ?

Fasiliti , perlu atau tidak ?

Apabila anda membeli sebuah kediaman , adakah anda akan pertimbangkan  untuk mempunyai kemudahan fasiliti yang ditawarkan ? Sesetengah akan cenderung terhadapnya , manakala sesetengah lagi sudah tentu akan menolaknya . Tiada jawapan yang betul atau salah tentang situasi ini kerana ia bergantung sepenuhnya pada citarasa masing-masing .

Fasiliti adalah sebuah kawasan aktiviti rekreasi yang disediakan oleh pemaju di sekitar kediaman anda , selalunya berada di kawasan kediaman yang tinggi seperti kondominium atau apartment .

Fasiliti yang selalu disediakan adalah kolam mandi , gymnasium , dan ruangan bbq . Ada juga yang menyediakan fasiliti yang lebih menarik seperti bar Menara , Taman , Trek jogging dan sebagainya .

Sesetengah orang kurang gemar untuk berkongsi ruangan awam dengan orang lain dan elak dari keluar untuk menggunakan fasiliti tersebut , terutamanya dalam situasi pandemik sejak PKP mula dilaksanakan , dimana tiada siapa pun dibenarkan menggunakan fasiliti tersebut . Walaubagaimanapun , dengan pelaksanaan PKPB , pihak pengurusan kediaman sudah mula memberikan kebenaran untuk menggunakan fasiliti tapi dengan syarat keselamatan yang ketat , masa yang terhad , serta kawalan bilangan pengguna .

Suka atau tidak , ia adalah lebih baik untuk mempunyai fasiliti yang berdekatan , serta mempunyai kemudahan untuk digunakan pada bila-bila masa . Kalau anda bosan berseorangan , anda boleh mengajak rakan anda untuk bersama menggunakan fasiliti tersebut . Sudah pasti rakan anda tidak akan menolak kemudahan yang percuma !

Leave a Reply

Your email address will not be published.