Pelancaran Kediaman KITA Mekar Di KITA @ Cybersouth Habis Terjual Dalam Tempoh 2 Minggu

Pelancaran Kediaman KITA Mekar Di KITA @ Cybersouth Habis Terjual Dalam Tempoh 2 Minggu


Pemaju perbandaran terkemuka, LBS Bina Group Berhad (LBS) yang sentiasa berpegang teguh pada visi untuk menjadi pemaju yang diiktiraf di peringkat antarabangsa yang meningkatkan kehidupan masyarakat dengan membina dan menginspirasi ruang yang menyenangkan baru sahaja melancarkan projek pembangunan kediaman setingkat pertamanya di perbandaran Cybersouth yang dikenali sebagai KITA Mekar. 

Dalam tempoh masa 2 minggu selepas dilancarkan, KITA Mekar telah mendapat sambutan yang sangat luar biasa dimana kesemua unit telah habis dijual dan rumah bandar KITA Mekar itu telah menerima 100% tempahan yang lebih ramai pembeli yang berada di dalam senarai menunggu bagi merebut projek baharu ini. 

Pada pelancaran perbandaran KITA @ Cybersouth pada April 2019 yang lalu, projek kediaman yang mempunyai ciri keselamatan yang lengkap itu turut  mendapat sambutan yang hangat dengan kadar pengambilan unit tertinggi bermula dari fasa pertama hingga fasa yang yang terbaharu. 

Pengarah Urusan Kumpulan LBS Bina Group Berhad, Tan Sri Lim Hock San berkata “Pembangunan perbandaran KITA @ Cybersouth telah dirancang dengan teliti untuk keluarga dan masyarakat bagi membina kenangan yang berkekalan. Pemilihan kemudahan di sekitar KITA Mekar turut dirancang untuk mengeratkan ikatan kekeluargaan dan meningkatkan semangat kekitaan di kalangan penduduk. Kami juga percaya bahawa permintaan untuk hartanah akan terus meningkat dan projek ini dapat memberi manfaat kepada bakal pembeli dengan nilai harga yang berpatutan serta pelaburan dalam jangka masa panjang.

Pihak LBS juga menerima kadar pengambilan yang tinggi bagi projek rumah dua tingkat, rumah bandar dan pangsapuri perkhidmatan yang telah siap dibina, manakala kedua-dua fasa bagi KITA Bayu dan KITA Impian telah habis dijual kesemuanya. 

Sebagai “Pemaju Perumahan Rakyat” di Malaysia, LBS terus komited untuk menyediakan projek yang berkualiti dan memenuhi permintaan pembeli pada harga yang berpatutan. Pihak LBS kekal fokus terhadap tiga tunggak utama iaitu mampu dimiliki, kesaling hubungan dan komuniti di setiap perbandarannya. Reka bentuk yang efisien, susun atur yang unik, fasiliti serta kemudahan yang ditawarkan telah dirancang dengan teliti agar ia dapat memuaskan keinginan pembeli. KITA Mekar adalah pilihan yang terbaik dan ideal buat keluarga yang mengutamakan keselesaan. 

KITA Mekar merangkumi 432 unit rumah bandar, 388 unit rumah dua tingkat dan 342 unit rumah setingkat. Saiz binaannya yang berukuran 1,346 kaki persegi dan 1,483 kaki persegi, rumah bandar ini menawarkan harga yang berpatutan bermula daripada RM419,900 dengan keluasan (22’ x 75’) dan dilengkapi tiga bilik tidur dan dua bilik mandi. Bagi rumah dua tingkat, harganya bermula daripada RM560,000 dengan saiz binaan 1,447 kaki persegi (20’ x 60’) menawarkan ruang yang praktikal dengan empat bilik tidur serta tiga bilik mandi manakala rumah setingkatnya pula menawarkan harga bermula daripada RM450,000 dengan saiz binaan 1,094 kaki persegi (20’ x 70’). 

Terletak di persekitaran zon hijau yang menenangkan, kawasan KITA Mekar dilengkapi kombinasi laman kecil dan mempunyai pelbagai kemudahan. Fasiliti di kawasan KITA Mekar ini direka khas dengan sentuhan istimewa yang berunsurkan budaya tradisional masyarakat Melayu. Dengan adanya elemen-elemen tradisi seperti Anjung Kelarai dan Teratak Songket yang dibina sebagai salah satu reka bentuk landskap yang mengimbas nostalgia zaman terdahulu. 

Projek KITA Mekar ini terletak berhampiran sekolah dan institusi pengajian tinggi seperti Sekolah Kebangsaan Dengkil, Sekolah Menengah Kebangsaan Cyberjaya, Heriot-Watt Universiti Malaysia, Universiti Limkokwing dan Universiti Xiamen. Kemudahan ini sekaligus memberi manfaat kepada penduduk bagi mengurus dan merancang kehidupan mereka dengan lebih sempurna. 

KITA @ Cybersouth adalah sebuah perbandaran seluas 633 ekar yang terletak di Selatan Lembah Klang yang semakin membangun. Kawasan ini mudah diakses melalui lebuhraya utama termasuk Lebuhraya Putrajaya-Cyberjaya melalui Lebuhraya Elite, Lebuhraya MAJU (MEX), Lebuhraya Lembah Klang Selatan (SKVE), Lebuhraya Utara-Selatan (NSE), Lebuhraya Damansara-Puchong (LDP) dan Jalan Dengkil-Banting.

Untuk maklumat lanjut berkenaan KITA Mekar, sila kunjungi pameran jualan KITA @ Cybersouth yang dibuka setiap hari dari jam 10 pagi hingga 6 petang.  Sekiranya anda berminat dengan hartanah LBS, sila layari www.lbs.com.my atau hubungi 1700 81 8998 untuk pertanyaan lanjut tentang promosi terkini pembangunan LBS.

Leave a Reply

Your email address will not be published.