Crescent Dew, Mimpi Jadi Kenyataan!

Crescent Dew, Mimpi Jadi Kenyataan!

Bayangkan, sebuah kediaman di kelilingi oleh kehijauan alam semula jadi, tanah yang luas, dan memberikan ruang yang selesa buat anda sekeluarga menikmati masa bersama yang tersayang, yang dibina khas di wilayah utara di Kepala Batas dimana anda dapat menikmati kemewahan dan kemudahan seperti sekolah, klinik, bank, pasaraya dan restoran yang terkenal. Ditambah lagi dengan kediaman yang dibina berdekatan dengan laluan yang menghubungkan laluan lebuhraya penting dan jalan yang mempunyai akses terhadap semua lokasi, projek ini sememangnya sebuah realiti yang menjadi kenyataan!

Kediaman pegangan bebas ini memberi peluang kepada anda untuk menikmati suasana kehidupan di resort mewah yang membuatkan anda berasa lebih dekat dengan suasana alam semulajadi dan jauh daripada kesibukan bandar, yang pasti membuatkan jiwa anda lebih tenang bila berada di rumah. Setiap kediaman direka dengan rapi dan elegan bagi menyediakan ruang yang privasi buat anda sekeluarga. Suasananya persekitaran yang tenang jauh dari kesibukan sangat sesuai buat sesiapa yang ingin menetap secara kekal dan membina keluarga disini. Buat keluarga yang mempunyai anak-anak kecil, mereka boleh bermain dengan tenang dan selesa disini kerana ruang yang disediakan sememangnya sesuai buat keluarga yang besar.

Cresent Dew, fasa 1a dibina atas sebuah tanah berukuran 8.402 ekar tanah bersama 5 jenis kediaman untuk anda pilih, bermula dari banglo 3 tingkat berukuran 6,135sqft kepada 2,788sqft yang dinamakan The Aerie 1 dan The Aerie 2, banglo 2 tingkat yang dinamakan The View, banglo 3 tingkat Semi-D, dan Semi-D 2 tingkat yang dinamakan sebagai The Tide 1 dan The Tide 2. Projek ini menyediakan pengawasan tahap tinggi dengan menggunakan komuniti pengawal dan sistem berpagar atas sebab keselamatan anda dan keluarga yang menjadi keutamaan di Crescent Dew.

Projek ketumpatan rendah ini menyediakan fasiliti mewah termasuk Laman Zen, kolam mandi mewah, dek menara, sauna, surau dan kelab. Salah satu daripada keistimewaan projek ini adalah mempunyai tasik yang indah mengelilingi The Aerie 1 dan The Aerie 2, sebuah bangla tiga tingkat, terbina didalamnya bersama sebuah dek yang berhadapan dengan pemandangan tasik tersebut, yang juga adalah sebuah pusat rekreasi persendirian yang membolehkan anda dan keluarga berkelah menikmati parti BBQ, berkumpul bersama keluarga ataupun tempat untuk anda menenangkan diri dari kesibukan kerja pada hari minggu atau membaca buku tanpa gangguan sesiapa. Anda boleh nikmati semua ini seperti rumah anda sendiri.

Semestinya ia adalah sebuah kawasan yang berbaloi untuk pelaburan, dimana realiti untuk anda menetap di rumah idaman menjadi kenyataan, pulang ke rumah dari kerja dengan senyuman sambil menikmati matahari terbenam dari ruang dek rumah anda bersama keluarga tersayang. Fasa 1a telah siap dibina dan dibuka untuk jualan. Unit pameran kini dibuka untuk anda lawati. Projek ini bertempat di Jalan Tun Hamdan Sheikh Tahir, Kepala Batas. Untuk maklumat lanjut tentang residensi rumah mewah berdekatan tasik ini, anda boleh lawati https://www.udaproperty.com.my/projects/crescent-dew-lakehomes/

Mulakan kehidupan yang lebih baik di Cresent Dew by Uda.

Leave a Reply

Your email address will not be published.