Evoke Residence @ Gravitas

Evoke Residence @ Gravitas

 

 

Bayangkan, wujudnya rumah impian anda yang menepati segala keperluan dan keinginan yang berdekatan dengan anda, bertempat di Prai, menghubungkan Lebuhraya Plus dan Jalan Baru, hanya berdekatan dengan Jambatan Pulau Pinang yang menghubungkan laluan penting kearah kemudahan dan keperluan harian seperti pasaraya, hospital, bank, sekolah dan banyak lagi!

 

 

Bagai pucuk dicita ulam mendatang, kini impian anda menjadi kenyataan kerana kini Uda Property sudah melancarkan sebuah residensi pegangan bebas dan kondominium ketumpatan rendah yang bercirikan rekabentuk moden, sesuai buat pasangan muda yang mencari gaya hidup yang lebih maju.

 

 

Evoke Residence at Gravitas adalah kondominium 34-tingkat bersama 2 bahagian dengan hanya 300 unit. Disini terdapat dua jenis unit yang boleh anda pilih, iaitu Type A dan Type B, keduanya adalah 1,100sqft. Kediaman Evoke adalah berpagar dan mempunyai pengawal keselamatan, ditambah lagi dengan kemudahan pelbagai fasiliti seperti sky garden, taman permainan, gimnasium dan kolam mandi.

 

 

Apa yang membuatnya lebih istimewa, ia hanya berdekatan dengan Gravitas, pembangunan bercampur yang menepati segala keperluan anda di dalam satu tempat, seperti unit pejabat dan kedai, suite servis apartment, taman riadah, hotel, medan makan dan minuman dan banyak lagi! Projek ini sudah tentu bakal merangsang ekonomi kawasan sekitar dan bakal menjadi kawasan rebutan ramai di wilayah Seberang Perai. Anda boleh naik taraf hidup anda dengan memiliki unit anda sendiri pada harga yang berpatutan bersama Evoke dan Gravitas.

 

Evoke Residence kini sudah siap dibina dan dibuka untuk jualan, bertempat di Taman Pauh Jaya berdekatan Jalan Baru, Prai. Unit pameran dibuka untuk kunjungan melalui temujanji. Untuk maklumat lanjut berkenaan kediaman ini, anda boleh layari https://www.udaproperty.com.my/projects/kondominium-evoke/

 

Naik taraf gaya hidup anda bersama Evoke Residence at Gravitas!

 

 

 

 

 

 

Leave a Reply

Your email address will not be published.