Property Queen Expo Mac 2019

Dua bulan pertama bagi tahun 2019 adalah permulaan yang baik bagi kami setelah berjaya mengendalikan expo sempena Tahun Baru Cina di Queensbay Mall & Gurney Plaza, Pulau Pinang.

Atas permintaan ramai, Property Queen sekali lagi akan mengadakan Expo di sekitar kawasan Lembah Klang. Terdapat banyak projek perumahan yang baru dan menarik khas untuk anda yang sedang mencari rumah idaman anda. Lebih menarik lagi pelbagai aktiviti akan dianjurkan oleh pihak kami.

Ingat bagaimana jemputan selebriti terkenal menyerikan lagi expo kami? Kali ini ia tidak terkecuali kerana Nadia Brian akan hadir menanti kedatangan anda. Jadi jangan lepaskan peluang ini!

Bersempena dengan sambutan ulang tahun AEON Shah Alam yang ke-3, para pengunjung yang bertuah akan menerima kek dan belon pada 9 dan 10 Mac 2019 nanti. Sambutan yang berganda, keseronokkan yang berganda! Jom ramai-ramai ke Expo Property Queen 2019. Peluang hanya sekali, kalau terlepas rugi. Jumpa anda di sana!

Property Queen Expo
Lokasi: AEON Shah Alam
Masa: 10am – 10pm
Tarikh: 5 – 10 Mac 2019