SAMBUTAN HANGAT DI INTERMARK: PROPERTY QUEEN KEMBALI LAGI!

Adakah anda terlepas ekspo kami di Intermark Mall pada bulan Jun baru-baru ini? Jangan bersedih, kami ada berita baik untuk anda! Oleh kerana sambutan ramai, Property Queen akan kembali ke Intermark Mall pada hujung Julai ini hingga Ogos!

Ekspo kali ini akan mempamerkan projek-projek dari ekspo kami yang lepas, ia memberi peluang kepada para pengunjung dengan pelbagai pilihan menarik untuk dipilih. Kali ini juga, kami akan menerokai projek-projek dari sekitar kawasan Selangor dan Kuala Lumpur.

Dan untuk pengetahuan anda semua, setiap kali di ekspo kami, pasti ada penampilan khas oleh selebriti yang bakal memeriahkan lagi ekspo kami. Beliau  adalah seorang model, pengacara TV dan penyampai radio yang terkenal, tidak lain tidak bukan adalah Serena C! Kepada yang berhasrat untuk berjumpa dengannya secara live, inilah masanya! Pastikan anda sudah tanda tarikh-tarikh ini dalam kalendar anda!

Ekspo kami bermula pada 29 Julai hingga 4 Ogos 2019 , dari 10 pagi sehingga 10 malam, dan ia akan berlangsung selama seminggu, jadi tidak ada sebarang alasan mengatakan anda tidak berkesempatan untuk mengunjungi kami. Untuk maklumat lanjut mengenai acara ini, sila layari laman Facebook, dan Instagram Property Queen.

Pastikan berita baik ini disebarkan kepada semua rakan-rakan dan keluarga anda! Sesungguhnya perkongsian itu adalah satu amalan yang mulia. Jumpa anda di sana!