Bingkisan Khas oleh Property Queen sempena Kempen HOC

Tidak dinafikan memiliki rumah sendiri adalah tugasan yang amat sukar. Namun, bagaimana jika kami memberitahu bahawa anda juga boleh memilikinya walaupun dengan pendapatan sederhana? Atau membendungi kerisauan yang melanda ketika mencari rumah dalam pasaran sekunder? Macam mana pula jika kami kongsikan pada anda ilmu yang membincangkan tentang pelaburan hartanah, serta mencari jalan supaya pengiklanan anda dikenali ramai?

Beberapa tahun dulu, ramai yang mampu untuk memiliki hartanah mereka sendiri. Setelah masa kian berubah, corak pasaran juga tidak kurang ketinggalannya sehingga terdapat segelintir harga mampu mencecah dua kali ganda dari sebelum ini. Perkara ini menjadi kebimbangan ramai terutama dalam golongan orang muda yang bersusah payah mencari hasil penampungan diri.

Dengan wujudnya pelanjutan tempoh kempen HOC yang mendapat persetujuan ramai pihak sehingga hujung Disember ini, jom bertandang ke Ekspo “Affordable Home Primary & Secondary Market” kami yang akan berlangsung di PECC (Sunway Carnival Mall) pada 23 hingga 25 Ogos ini (Jumaat – Ahad) bermula jam pukul 10 pagi hingga 10 malam.

Jika anda masih bersemangat untuk mencari dan memiliki rumah sendiri, biarkan ia terus berkobar apabila kami memberi peluang kepada anda untuk mendapatkan tawaran terbaik, skim perumahan yang dipercayai, serta memudahkan permohonan pinjaman anda. Segala benda yang anda ingin tahu berada di sini!

Bersiap sedia untuk mengalami hujung minggu yang padat dengan pelbagai aktiviti; YB Jagdeep Singh akan turut bersama kami dalam acara pembukaan khas yang sudah pasti mengamit seribu satu kenangan indah, juga peluang untuk bertemu dengan tetamu selebriti kami, serta sesi seminar khas dibawakan untuk anda oleh 7 orang pakar yang akan membongkar segala rahsia mengenai pasaran hartanah di Malaysia yang tidak diketahui ramai.

Antara yang akan bersama kami ialah Ikhram Merican, Dr. Daniele Gambero, Taco Hedinga dan ramai lagi. Acara sekali seumur hidup yang membuka peluang untuk menjawab segala bentuk pertanyaan demi mencari tarikan seterusnya dalam pelaburan hartanah pada masa akan datang, jadi berdaftarlah sekarang kerana ia adalah PERCUMA! Juga, jangan lupa cenderamata yang boleh didapati dari Pos Malaysia serta edisi terkini majalah Property Queen, dan masih banyak lagi menanti anda!

Pastikan anda simpan tarikh kami, menggayakan penampilan anda yang terbaik, dan sediakan jumlah wang secukupnya untuk Ekspo “Affordable Homes & Secondary Market” oleh Property Queen di Pusat Pameran dan Konvensyen PECC! Sebuah acara tidak boleh dilepaskan, jumpa anda di sana!