Melebarkan Sayap bersama Property Queen sempena MAPEX berlangsung di Pulau Pinang

 

Siapa sangka hanya baki beberapa bulan sahaja lagi sebelum 2019 menutup tirainya? Kepada yang masih tercari-cari rumah idamannya, inilah peluang untuk memenuhi impian anda apabila ekspo hartanah yang dinanti-nantikan bakal tiba. Property Queen akan bersama anda untuk acara MAPEX bersempena dengan kempen HOC dilanjutkan sehingga hujung 2019!

 

Kempen Pemilikan Rumah (HOC) merupakan sebuah initiatif gabungan antara Kementerian Perumahan dan Kajian Tempatan dan REHDA. Kempen dilancarkan pada awal Januari 2019, dan sebelum ia berjalan sehingga bulan Jun. Namun, kerajaan telah bersetuju untuk teruskan hingga Disember ini atas permintaan ramai dan keberkesanannya.

Initipati kempen HOC dalam menjanjikan pembeli rumah kali pertama serta pemilik semasa diberi faedah dan kemudahan untuk mendapatkan pembiayaan. Antara tawaran yang terkandung ialah pengecualian setem duti serta bantuan dari Cagamas Bhd. Selain itu, pembeli juga mampu menikmati skim perumahan mampu milik seperti Skim Perumah Belia, Rumah PertamaKu, FundMyHome, DepositKu, pembiayaan BNM untuk Rumah Mampu Milik. Dalam usaha meningkatkan lagi taraf ekonomi dalam sektor perumahan, Kerajaan telah memperkenalkan Malaysia Rumah KeduaKu (MM2H) untuk warga asing yang sedang mencari penetapan di Malaysia, dan program Guaranteed Returned Rentals (GRR) yang membantu dari segi pemulangan bagi yang membuat pelaburan hartanah.

Segala jenis unit perumahan yang memiliki lesen AADL atau CCC yang sah layak untuk memiliki faedah HOC. Harga yang ditawarkan juga berpatutan iaitu bermula dari RM200,000 sehingga RM2.5 juta serta pemotongan sebanyak 10%.

 

MAPEX merupakan salah satu platform yang berjaya menarik minat para penggemar hartanah dengan hasil jualannya mencecah RM 300 juta dengan lebih dari 200 pemohon untuk dapatkan skim perumahan kerajaan pada ekspo sebelum ini. Selaku penganjur bersama, Property Queen bertekad untuk memastikan setiap individu dapat memiliki kediaman mereka sendiri sejurus mengharapkan sambutan yang positif sepanjang persiapan program berjalan. Melalui penglibatan dalam program seperti ini akan menegaskan lagi kegiatan Property Queen yang konsisten dalam mengutamakan keperluan setiap pelanggan dalam mencari bakal rumah idaman mereka.

 


Queensbay Mall, 7 – 10 November 2019

 


Gurney Plaza, 14 – 17 November 2019